Saturday, July 4, 2009

Kisah Aku

aku insan biasa
tak lepas dari kesilapan
hidup berlumur dosa dan noda

aku insan lalai
lalai adalah sikapku...
lalai dengan waktu
alpa dengan fitnah dunia...

aku bukan tidak bijak
aku cuma malas mahu fikir
fikir tentang aku,
fikir tentang engkau,
fikir tentang dia,
fikir tentang mereka,
fikir tentang kita semua...
semua buat aku pusing
lalu kepala jadi pening

dan akhirnya telah aku putuskan
aku mahu sendiri
hidup tanpa sebarang persoalan
tanpa prasangka
tanpa sakit hati
yang membawa kepada jiwa yang tenang...

No comments: