Wednesday, July 15, 2009

Suhu Dunia sekarang !!!

suhu dunia sekarang memang tak berapa betul rasanya. kadang-kadang panas kadang-kadang hujan. orang cakap hujan itu rahmat .. ermm kenapa tak cakap panas tu pun rahmat jugak?!!!

bukan sekadar suhu je yang tak betul aku sendiri punya suhu badan pun agak suam-suam. macam-macam hal yang berlaku dalam tempoh satu minggu. sedih dowh. sedih sedih pun kene jugak teruskan hidup dengan penuh kebahagiaan. sebab bukan semua perkara yang boleh buat sedih. bak kata wan ... aku kan ade ... ha'ah dia memang ada. tapi bukanlah dia seorang jugak. yang penting masih ramai lagi yang lain...

dalam sakit-sakit...teringat juga kepada tanggungjawab aku. bukan hanya sebagai pendidik kepada kanak-kanak yang meningkat remaja. namun, kepada diri sendiri dan orang-orang di sekitar kita. aku mesti bertahan!!!

kalau tidak ada aral melintang. minggu hadapan aku perlu bergerak ke satu tempat untuk menuntut ilmu bagi memperkukuhkan lagi ilmu yang sedia ada. semoga Allah merahmati kalian juga buat diri aku.

nota: percayalah Allah lebih tahu apa yang terbaik buat diri kamu. jadi jangan pernah menyesali sebarang kejadian yang telah berlaku ke atas mu. kerana tanpa izinNya ia juga tidak akan pernah menimpa kamu.

No comments: