Tuesday, September 15, 2009

Jangan Malu Bertanya

setiap kali permulaan tahun ... sha selalu dengar pesanan ini daripada seseorang yang berpengalaman dalam bidang pendidikan ...




kalau ada apa-apa masalah jangan malu bertanya ...

disebalik ayat tersebut ... ada yang menyentuh hati dan sedikit perasaan sha ...

teringat pada seseorang... seorang hamba Allah yang bertekad mahu merubah cara hidupnya ... satu malam ...

dia: awak saya nak tanya sesuatu ... tapi malu ...

aku: nak malu apa pulak .. macam tak biasa ...

dia: malu lah nak tanya .... nanti awak fikir yang bukan-bukan ...

aku: ishk takde lah .. siapalah saya nak fikir bukan-bukan tentang awak ... lain cerita lah kalau perkara itu memang tak elok ... cerita je .. saya sudi dengar ...

dia: saya .. saya.. saya...

aku: ape dia? kenapa dengan awak?

dia: saya nak tanya pasal solat ...

aku: alhamdulillah ( dalam hati )

sekarang alhamdulillah ... dia mungkin banyak kekurangan ... tapi kerana niat yang baik insyaAllah ... Tuhan pasti akan membantu ....

Nota: bagi insan yang diluar sana ... jangan anda fikir anda adalah yang terbaik daripada orag lain...kadang-kadang yang serba kekurangan itu adalah lebih baik dari anda sekalian... oleh kerana itu Allah berpesan supaya tidak berburuk sangka...



No comments: