Sunday, May 23, 2010

Bila Hati Mula Berbicara



seminggu-minggu ni mata aku tak boleh terus lelap macam tu saja. aku sendiri tak tau kenapa. dalam hati aku bertanya.


masih adakah lelaki yang di dalam dunia ni yang dia punya ciri-ciri lelaki muslim yang sejati.


1- jaga solat

2- bertanggungjawab

3-menghormati kaum wanita

4- memahami

5- jujur

6- setia

7- ikhlas


kalau adapun mesti tak ada yang boleh buat full comitment kan...kan...kan..


selalu orang cakap kalau tak bertepuk dua belah tangan mana akan ada bunyinya. cuba bayangkan kalau tangan kau kene ikat kemudina orang tepuk tangan kau secara paksa tetap juga akan bunyikan tapi tak adalah meriah sangat sebab cara tu kira sadis sangat. paksa-paksa pulak.


sama juga lah dengan kata pepatah dengar bunyi guruh di langit air di dalam tempayan dicurahkan. erm...kebetulan minggu ni tadi memang betul berlaku. kemain bunyi guruh berdentum pak pom pak pom...lebih kurang le bunyinya. tapi tengok-tengok tak ada hujan pun.

sama jugak dengan ilmu yang tinggi. suka sangat memberi nasihat. ilmu ada pun tak guna kalau tak praktik untuk diri sendiri. kene praktik lah kan? baru boleh tau berkesan ke tidak.


sehinggalah ke malam ni tadi akhirnya semua persoalan aku terjawab... ternyata tak semua yang serba kekurangan itu akalnya pendek. tapi ternyata akalnya lebih panjang. cuma dia perlu diberi satu tempoh yang bukan dalam tempoh yang singkat untuk berfikir. tapi perlu masa jugaklah. yang penting. dia berfikir tanpa siapa-siapa pun yang minta dia untuk berfikir. masih adakah lelaki lain di luar sana seperti dia?!!!


Nota: cinta itu terlalu ekslusif untuk diterjemahkan. kenapa ekslusif? sebab cinta sejati ni mahal harganya. tak boleh nak dibeli dan dicapai dengan wang ringgit. Ia datang daripada Allah. dan ia juga akan pergi meninggalkan mu kerana Allah. serius taip ni... ni kali pertama aku kenal orang macam dia ni. bagi yang sedang dan tengah bercinta tu atau sedang mencari...cuba cari apa yang terbaik pada pasangan kamu andaikata kamu rasa itu lebih kepada sifat keduniaan carilah jalan untuk bertemu jalan ke jambatan akhirat....andai langsung anda tidak jumpa...berusahalah untuk mencarinya walau sebesar hama pun.

No comments: