Sunday, July 18, 2010

Saat Lafaz Sakinah ( Story Version )

assalamu'alaikum dan selamat sejahtera ....macam yang aku taip jap tadi ... aku nak story lah ni... jeng jeng jeng .... :suspen tak suspen ceritanya gini. start dari habis cuti pertengahan penggal tu kan ... asyik gurau manja pasal nikah je aku ngan geng-geng aku. huhuu... mungkin juga sebab sis kitorang nak tamatkan zaman bujangnya penghujung tahun ni. insyaAllah.
al-kisahnya tadi...
tiba-tiba 2 3 menjak ni otak aku tak berhenti henti berfikir... dan aku rasa itu sesuatu yang memenatkan bila berfikir tanpa setiap persoalan dapat terungkai ... aku cuba nak STOPPPP!!!! ( bak kata britney spears dalam VC Crazy tu ... :alamak tak tau pulak tajuk lagunya. tapi cannot stop meh... )
sehinggalah satu kejadian berlaku...
aku tetiba je berseloroh dengan adik isyam...

aku: kalau nak makan ayam goreng macam dalam kepsi tu ... goreng sendirilah belajar ... macam mana nanti kalau usu dah kahwin.. isyam nak makan ... sapa nak goreng kan?

dalam hati aku cakap.. mende lah yang aku buat lawak ngan budak ni aduhhh...

ummie pulak gelak je dengar statement mengarut tuh...
masa tu... aku o.k lagi... tapi hati aku dah suspen dah ... dup dap dup dap dup dap je bunyi... hendak terkeluarnya segala gala organ dalaman badan aku. terpaksa jugak aku tahan dan sumbat dengan apa-apa yang patut dan ikat dengan tali tangsi segala jantung, hati, buah pinggang...yelah takut terlompatlah katakan....

aku fokuskan diri dan pemikiran aku terhadap ayam yang bakal masuk kuali tu nanti. alhamdulillah nasib baik tak hancus gara-gara aku layan iron ladies II huhuuu... iron ladies punya pasal tak pasal pasal aku dapat soalan cepumas

dia: usu masak ayam goreng ni ada jenis yang perisa kopi ke?
aku; kopi? kenapa pulak nak kene letak kopi? !!! (blur)
dia: ni yang ada itam sikit-sikit ni...
aku: (nak gelak tapi kene tahan siket) mana ada. kan tadi usu dah cakap... hampir nak rentung ayam tu gara-gara nengok iron ladies...
dia: ohhh!!!!!!!.....

siap semua kerja aku... aku masuk bilik operasi aku... dalam otak aku masih lagi berfikir dan terus berfikir...

antaranya:
1- kalau ada yang masuk meminang entah macam mana lah aku
2- sudah bersediakah aku?
3- boleh kah aku atau mampukan aku jadi seorang isteri solihah?

*** itu baru tajuk besar belum lagi sub-sub topiknya...

dalam ketika aku jauh berfikir mencari setiap jawapan entah macam mana tibe tibe yang terlintas dalam hati aku satu nama... aku rewind balik ... sepanjang minggu ni ada sesuatu yang berlaku setiap apa yang aku buat nama itulah yang sering ke udara .... puas aku tanya... ada apa dengan nama itu?

aku terfikir sejenak tentang dia... dan subhanAllah ... tak sangka pulak dia akan call petang ni. =) bertanya khabar... dan percayalah itu bukan yang pertama kalinya terjadi. alwayz believe me... betul selalunya terjadi macam tu ... bila saja aku terfikir tentang dia... pasti dia akan call.

dan malam ni...(malam yang dia call)
malam fikiran aku tertanya-tanya pasal jodoh aku,...
tibe tibe sahabat aku terkenang pada aku dan post something kat wall aku di FB. rasa macam kena karen je bila baca title Saat Lafaz Sakinah lagu Far East. sebelum ni sekali pun aku tak pernah tahu langsung tentang kewujudan lagu ni. tetiba je malam ni tadi bertarikh 18 hb july 10 aku dapat tahu tentang kewjudan lagu ni ..dan 19hb july merupakan bulan pertama selepas dua tahun aku kenal dia...

suratan atau kebetulan ?!!!

Nota: :aduhai :menung :lori

No comments: