Friday, October 8, 2010

Saki Baki Ramadhan Terakhir sha83@kaizer

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam sejahtera semuanya. Aku tidak pasti mahu memulakan cerita ini dari mana. tapi, aku cuba saja ya.
pada hari ke 24 Ramadhan. aku sudah berada di kampung. malam itu malam yang sangat penat bagi aku. jadi, aku tak nak menghabiskan masa yang banyak untuk berada di depan tv. aku masuk ke dalam bilik. dan langsung tidak keluar selepas solat maghrib. aku duduk di dalam bilik aku sambil mencatat nota-nota kecil untuk barisan doa-doa di dalam buku nota catatanku.
malam itu suasana amat tenang. hati ku terdetik... 'pasti malam ni hujan lagi,' aku tersenyum sendirian sambil menulis kembali. dan akhirnya aku tertidur sementara menunggu kedatangannya isyak.

aku langsung tidak sedar.mungkin disebabkan kepenatan yang aku rasa. sehinggalah aku terasa badan aku digerakkan. aku tersedar daripada tidurku.tapi ku rasa kepala aku sakit sangat. jadi aku cuma membalas beberapa mesej yang masuk kemudian menyambung tidur ku untuk waktu beberapa minit lagi. dan akhirnya aku terlelap sehingga aku terbangun sekitar jam2 setengah pagi.

aku terkejut bangun dari tidur. aku lihat jam 2 setengah pagi. masyaAllah. aku belum solat lagi! lantas...aku keluar dari bilikku...dan mengambil wuduk. ku bentang sejadah. selesai solat isyak. aku teruskan dengan solat sunat. hati terdetik untuk berbuat sedemikian. ku ikuti saja rasa hati aku, biar jadi tenang lebih daripada biasanya. lebih kurang sekitar jam 3.45 pagi.solat ku sudah selesai. pagi itu adalah pagi 25 ramadhan.

aku menyusun langkah aku ke dapur untuk menyiapkan hidangan untuk sahur. sahur pagi itu lebih tenang dari selalunya yang aku rasa. aku rasa semangat. teringat beberapa jam yang lalu. selesai sahur aku kembali ke kamar aku. menyambung semula tulisan nota-nota kecilku. ketika kedengaran azan subuh. aku memberhentikan tulisan ku untuk melaksanakan tugasan subuhku.
sesudah solat subuh aku teruskan nota-nota aku. dan tepat pukul 6 pagi aku membuka jendela di bilik aku. kebetulan katilku berdekatan dengan jendela. jadi terasa bayu pagi membelai diri aku seketika. aku percaya, andai kata hati aku tengah panas ketika itu sudah pasti bayu itu mampu membalut hati aku dengan kedinginan yang luar biasa aku rasakan.
aku melontarkan pandangan ku jauh-jauh memerhatikan kabus-kabus pagi dan semestinya habit aku, iaitu menunggu matahari naik. aku mula gelisah. aku rasakan matahari muncul terlalu lewat. aku fikir mungkin juga disebabkan hujannya sekitar malam tadi. jadi matahri agak lewat kelihatan atau aku yang sebenarnya tidak sabar.
mata aku memandang tepat ke arah tempat mataharinya selalunya terbit. namun ada sesuatu yang mengganggu hati aku. aku terasa diri seperti diperhatikan. aku terasa seperti ada mata yang memandang. aku fikir mungkin itu juga cuma perasaan aku. aku terus memandang ke langit. aku terkejut seketika terasa jantung ku berdegup dengan lebih pantas daripada kebiasaannya. masyaAllah benarkah apa yang aku lihat. subhanAllah...
benar... ada mata yang memandangku dari arah atas sana. aku cam benar bahagian anak matanya itulah sebenarnya di mana muncul matahari yang baru terbit. namun sayang sepertinya matahari itu ditutupi oleh anak mata itu. aku percaya andaikata yang kelihatan dibahagian anak mata itu adalah matahari pasti aku tidak akan sedar ...ilustrasi apa yang terbentuk di persada langit timur ketika itu. aku terpukau melihat'nya'.
lantas sekejap itu juga awan itu mula terpecah lalu membentuk kalimah Muhammad. aku menangkap gambar awan itu...di penghujung huruf terakhir itu kelihatan pula kalimah Allah. hanya selang beberapa saat awan itu semakin terpecah dan kalimah Muhammad itu akhirnya membentuk seperti kalimah Allah.

gambar close up. aku ingat nak kasi nampak kalimah Allah kat hujung huruf terakhir tu. tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya. jadi awan-awannya telah terpecah.

masa terus berlalu dengan pantas. yang pasti awan itu juga bergerak terus mengikut detik saat yang berlalu. oh...telefon bimbit aku mati. aku terpaksa mengecasnya dengan perasaan hampa. mata aku masih melekat di tabir langit. aku tidak menyangka ...bahawa akan muncul lagi 5 kalimah Allah selepas itu dan seperti biasanya ia berlalu mengikut setiap detik persaat.

teman-teman ku mungkin tidak bisa mempercayai ... dan hasil gambar yang mampu aku tangkap ini juga tidak jelas. sengaja aku tidak edit apa-apa. biarkan mata anda melihat melalui mata hati kamu sendiri...



p/s: di saat hati aku berdetik-detik tertanya tentang sesuatu. mesti Dewa akan muncul beberapa jam kemudian. Dan hal itu berulang sekali lagi. untuk hari ke 25 Ramadhan.

6 comments:

KIDbrush® said...

hohh? Huhh? hahh? hehh? (terpegun + heran) lama jugak haku perati, sampai tercium monitor.

kalu org sberang cakap penampakkan ajaib. kira hang untung la dpt lihat dgn jelas!

sha83@kaizer said...

ape keuntungannye ... cube ang ceta siket

Nizam.Ariff said...

Salam ziarah, malam seribu bulan 25 ramadhan ka? tak ada kawan2 yang cerita ttg malam tu ramadhan kali ni. Tak tau plak jatuh malam mana...

Chan said...

Subhanalllah, semoga apapun itu merupakan sebuah kebaikan... ana tak bisa menyikap isi semua itu.


Yang jelas sesuatu yang Allah tunjukan dalam langit-langit semoga bisa menambah ketaqwaan ant.

Sukron wa Jakaillah

tasekM said...

insan2 terpilih je yg dapat tgk nih...



.

sha83@kaizer said...

nizam... try le tanye kwn kwn ang ade tak yg jumpe ape ape pg 25 ramadhan tu...

chan..
ialah... amiin ...
moga moga aja...

tasekM
insan2 terpilih tu yg macam mn ye tasekM