sebelum ini syok sangat dengar mereka-mereka bercerita pasal ubat ni. macam-macam simptom dapat lepas makan. yang paling teruk aku dengar..sampai tak dapat nak buat kerja. betapa terbuktinya kepower-an ubat ni. sama juga dengan saiz kapsul yang besar.
kawan: pernah makan ke belum ubat ni?
aku: tak eh ... tapi dengar pernah .. daripada orang-orang sekeliling...
kawan: oh ... nanti awak makan baru awak tau rasanya.
aku: Gulppp!!! (hanya mampu telan air liur)
nak makan ubat ini bukan senang. dengar cerita kena isi borang kaji selidik pula. aiseh..itupun dah kira cukup power nak tunjuk kuasa ubat tu.
kisah semalam...
artis korea bernyanyi betul-betul mengejutkan aku yang tengah tidur-tidur ayam. tengok jam lebih kurang pukul 8 pagi. aku baru je nak lelap mata jam 7 lebih pagi selepas mengambil masa satu malam menghabiskan novel baru yang aku dapat. ingat tadi artis korea masuk dalam mimpi. oh.... henpon aku rupanya!!!
abie: mintak nombor ic awak ngan no ic isham .. lupa lah saya.
aku: mana nak cari nombor ic isham?
abie: cuba tengok dalam laci meja cermin dalam bilik dia
klik!!! bunyi talian diputuskan dari arah sebelah sana.
aku bangun dan melangkah cuba mencari ic dia ... cekap mata aku walaupun agak mamai gara-gara tak cukup tidur. aku terus sms nombor ic tu.
hari itu, aku jalani hari-hari biasa. membantu anak-anak asuh aku pada sebelah petang. lebih kurang jam 4 setengah petang aku keluar rumah mencari rezeki barang seminit dua untuk mendapatkan 7 keping daun pandan. untuk apa?!!! oh...untuk jadi rebusan dan berkhidmat kepada Umie ... air rebusan itu tadi akan diminum bagi menyeleraskan tahap manis dalam badan. aku masak guna 4 gelas air dan tunggu sampai air yang 4 gelas tadi dah menurun kepada dua gelas baru tutup api. Alhamdulillah ... berkesan. umie kata sedap airnya alhamdulillah.
tengah syok bermain facebook disebelah malamnya pula. umie keluar dari bilik dengan satu bungkusan.
umie: Nah (nama manja), ini dia ubat...makan sekarang kata Abie?!!!! (bunyi abie tu ditekan sedikit. Jadi maksudnya TAK ADA PILIHAN LAIN, NAK TAK NAK MESTI MAKAN)
aku: Gulppp!!! (tertelan air liur bila dengar arahan makan sekaran kata abie)
tengok atas bungkusan tu tertera nama aku. dalam hati cakap :
cantik juga tulisan dia ni. :-)
bila aku buka bungkusan tersebut dan keluarkan pil-pilnya .. mak aiiii... besornya saiz...
gulp!!! macammana nak telan ni. aku mula suspen. macam-macam cadangan aku dapat malam tu. tutup matalah, tutup hidunglah, jangan letak dalam air susu nanti tak sedap. telan sajalah...
punyalah lama berdiskusi...
akhirnya, aku ambil air suam. baca Bismillah... baca Selawat...masuk ubat satu dalam mulut...hirup air suam dari cawan KFC ... tersentak sekejap. ubat tu tiba-tiba hilang rasa dalam mulut aku. atau dalam kata yang sesuainya melarut dalam air. air yang tadinya tak ada rasa terasa sikit kemasamannya. yang kedua pun sama. yang ketiga pun sama. yang pasti masa telan yang ketiga tu aku hampir nak termuntah balik.pekatnye rasa masam.yerkssss!!!!! dan yang last kopek .... yang besar memanjang tu. sedap eh!!! macam makan gulabatu je rasa hihihiiii!!!
aku tak ingat jam berapa aku makan ubat telan ubat tu. lepas aku makan, aku tak ada rasa apa-apa pun. biasa saja yang aku rasa. hari ini pun aku rasa biasa-biasa juga. tak ada rasa lemah ke..apa-apa ke seperti yang mereka war-warkan akan kepoweran ubat ni.
aku muskil dan mula rasa panik jadi aku sms sis Alizan. dia jawab jangan risau...maksudnya antibodi aku kuat nak fight. walaupun aku selalu sakit. aku mula konpius. dan sekarang aku malas nak fikir apa-apa. yang penting aku dah makan ubat tu!!! kang difikir sangat migrain pula datang.
NOTA: makan ubat tu pun sama juga masa masuk tidur. tetap tunggu jarum jam pacak pukul 12 tengahmalam!!! Nak tahu ubat ini ubat apa?!! Pencegahan UNTUT atau dalam bahasa perubatannya Elephant Leg err..betul ke ni?!!! pendek kata pecah rekod aku malam ni. berapa lama dah tak makan ubat sekali makan 4 biji sekali haha!!! ambik engkau!!!
No comments:
Post a Comment