masa pergi sekolah dulu satu kewajipan dan kemestian kene lalu depan rumah ni ... kalau tak lalu tak sampai sekolah le jawabnya ,...
yang ini macam jalan belakang pun ada ... hikhikhik ... lama dah tak jalan jalan sini. tu pasal ingat - ingat lupa ....
o.k jambatan atas ni banyak kenangan aku kat sini. aku pernah tergolek, tersadung, tercampak pun ada. kali pertama aku accident motosikal ngan abang aku kat sini lah .. hikhikhik ... masa tu jambatan ni kayu lagi ..sekarang dah ber tar gitu lor ..
yang korang tengok luas semacam je tu ... itu adalah padang bolasepak majlis daerah matu. mak aiii ... best woh berkubang kat sini hahaha !!!
yang ini pula taman persisir sungai matu menghala ke jalan pasar memang dah kira dalam kawasan pasar dah ni ;-)
unik tak pasar matu?!!! mohon jangan cantas bangunan-bangunan kedai macam ni ... unik apa?!!! masa dulu-dulu lepas balik perpustakaan sinilah tempat port lepak kejap ..tapi bukan dibangku yang di atas ye .,, hehehe
haaa.. yang ini pula jalan nak menghala ke jalan besar belakang nun... nampak tak?!!! bangunan putih tu merupakan bangunan perpustakaan awam matu dan majlis daerah matu aku rasa ... aku rasalah ... hahhaaa... bukan apa aku tak pasti aku memang jarang berjalan sampai ke kawasan ni. tapi kalau setakat bawa jalan kawasan sini sungguhpun aku tak kenal bangunan insyaAllah masih tak sesat punya!!!
yang warna biru cinonet sana tu tandas awam dan yang korang nampak bumbung sebelah tandas tu kawasan open air. medan selera orang-orang sekitar matu.
tempat makannya tepat..tepat pesisir sungai ....memandangkan aku jarang balik, jadi aku tak reti menu menu special kat sini. yang aku selalu order pun nasi ayam goreng dengan teh tarik ... hahaha ...
sepatutnya bila dari rumah sis ni tadi nak ke pasar memang ada lalu jalan kawasan rumah lama aku memandangkan sis ni aku agak dia naik kereta melalui jalan besar. jadi tak nampak lah kawasan tersebut hehehe ... nanti aku tanya dengan orang-orang kat kawasan situ pula ye....
Nota: Terima kasih sis Hinayah binti Mohamad Ali ... rindu pula nak redah saat saat macam ni turun sekolah ...balik sekolah ... aishhh ... mengusik jiwa betul lah ~~~~
No comments:
Post a Comment