sebelum aku taip di sini awal-awal aku ingatkan jangan ambil serius sangat akan hal ini. Ia sekadar terlepas cakap. Lebih kepada hal-hal yang super spontan yang aku sendiri tak pernah terfikir nak buat...
bermulalah al-kisah di satu petang yang indah...
dengan sinaran cahaya matahari yang terbaik di abad ini. dah cukup buat aku untuk berehat dengan santainya sambil menonton cerita kartun. entah macam mana boleh terlelap pula untuk beberapa minit. bangun saja dari terlelap sebentar tadi...dengan nada spontan dan tak ada mood penangan dik mamai aku pun bersuara... kepala rasanya berdenyut-denyut saja. bila dah tahap macam ni...aku memang tak berapa nak suka layan apa-apa saja soalan. walaupun sekadar soalan 1+1=?
begini dialog yang berlaku:
aku: pok ... minta tolong kasi rimot TV tu pok ... bosanlah katun ni.
dia: (menghulur rimot TV sambil pandang muka aku dengan senyum penuh makna)
gerak hati aku cakap adalah benda dia nak soal ni...baik aku buat-buat tak dengar....
tapi... satu insiden secara terlepas cakap tanpa berfikir telah berlaku ..OPSSS!!!
dia: usu ah ...
aku: ya
dia: saya selalu dengar orang guna perkataan pok sebagai kata ganti nama. sebenarnya apa maksud perkataan pok tu
aku: B***!!!
dia: (pandang muka aku dengan muka seram sambil menjerit woh...) Usuuuuuu....!!! (menunjukkan betapa geramnya dia ...
aku: Kenapa ? (pandang muka dia tanpa rasa bersalah)
begitulah dialog yang berlaku antara aku dengan anak buah aku. kesian dia ... tak pasal-pasal.
ishk ...ishk..ishk ...
aku rasa mesti anda semua dapat teka perkataan yang aku taip tu.... astaghfirullah ... bila kenang balik dalam hati aku terdetik kenapalah aku tak sebut siput ke... kura-kura ke... kenapa mesti B*** !!! rasa bersalah pun ada. astaghfirullah !!!
kalau tak letak bintang-bintang berkedipan ni nanti orang kutuk macam lisa suri pula... dah nama aksi super spontan mana sempat nak elak....beginilah jadi bila aku rasa malas nak melayan orang bercakap tersangat malas. aku selalu bercakap tanpa berfikir.
aku teringat pada satu pesanan yang dulu aku tak praktik sangat pun. tapi selepas insiden di atas ia memberikan gambaran yang cukup besar. malahan merubah cara aku berkomunikasi dalam kehidupan aku seharian. pesanan tersebut ialah :
diam itu lebih baik dari berkata-kata !!!
sekian, itu sahaja !!!
Nota: jika aku main like saja tanpa komen. maksudnya aku tengah malas nak tu. termasuk malas nak berfikir. hahaha !!!! Malas = like saja tanpa komen
No comments:
Post a Comment