Sunday, July 1, 2012

Misteri Sang Kaktus, Fizow Dan Karl Shafiq !!!


aku berbaring.  Telinga mendengar lagu. Mata menonton Tv. sekejap-kejap siaran bertukar dari satu channel ke satu channel. aku mula rasa tak selesa. mata memandang tepat ke arah sekeliling...kelihatan seorang lagi sedang menatap komputer riba milik dan seorang lagi menemani sang ayah menonton TV.

tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. selang beberapa minit kemudian, terdengar 3 kali ketukan dari arah pintu rumah. kami saling berpandangan sesama sendiri. tertanya-tanya siapa gerangan yang menjadi tamu tanpa diundang di tengah-tengah malam begini. aku menjenguk dari arah tingkap namun tidak kelihatan seorang kelibat manusia pun. kami mendiamkan diri masing-masing...

esok paginya aku bangun...
aku lihat abang aku sibuk berbincang tentang satu mesin. mesin ini digunakan untuk mengitar semula air-air kotor supaya menjadi air yang bersih. Misi utama mereka adalah untuk mendapatkan hak pengeluaran dari luar negara. supaya boleh menarik minat rakyat Malaysia untuk memilikinya.

aku menuju ke dapur. tiba-tiba laluan yang aku lalui itu sedang dipenuhi kaktus-kaktus. aku tidak pasti dari mana datangnya kaktus ini. dalam banyak-banyak kaktus yang ada. ada sesuatu yang lebih menarik perhatian aku. satu kaktus yang terdapat dalam pasu besar. bersebelahan dengan periuk nasi. (perlu ke nak duduk juga sebelah periuk nasi.) tiba-tiba aku teringat ... di dalam twitter / facebook terdapat contest yang disediakan oleh fizow dan Karl shafiq mengenai rancangan promosi tempat-tempat menarik di Malaysia. mereka telah melawat ke negeri Terengganu . dan tiba-tiba menjumpai kaktus liar yang sangat menarik. kaktus itulah yang dijadikan sebagai hadiah kepada pemenang.

pada kaktus tersebut, terdapat sekeping kad ucapan yang tertulis ucapan tahniah kerana terpilih sebagai pemenang. di situ juga terdapat gambar fizow dan Karl shafiq bersama-sama gambar kaktus tersebut.

hati aku berdebar secara tiba-tiba. aku terkejut kerana aku rasa. aku tidak pernah menyertai apa-apa contest. aku lantas menoleh ke arah kaktus - kaktus yang tersusun dibelakang aku. aku terkejut melihat penambahan kuantiti kaktus-kaktus tersebut.

jantung aku mula rasa nak pecah. aku tidak senang dengan situasi tersebut. Lantas aku mula bersuara.

"Abie...kenapa kaktus ni makin bertambah!!! Kan dah tak da jalan masuk dapur ni. penuh dengan kaktus je!!!"

Abie menjengah sekejap ke dapur. kemudian mengangkat beberapa pasu kaktus ke luar. dengan perasaan berdebar-debar. aku melalui jalanan yang penuh dengan kaktus-kaktus itu. namun, sekali aku menoleh ke belakang...aku mula terkejut laluan yang aku jalan tadi telah tertutup dengan penambahan kaktus-kaktus lain. OH....TIDAK !!! aku mula sedar ada sesuatu yang tidak beres dengan kaktus-kaktus tersebut.

lantas aku membantu Abie memindahkan kaktus-kaktus itu keluar. lidah ku lancar mengucap kalimah-kalimah ayatul kursi, dan 4 qul. aku menoleh ke belakang ...

sekelip mata kaktus-kaktus yang memenuhi ruangan dapur tersebut telah ghaib sekelip mata. yang tinggal cuma periuk nasi. dari jauh kelihatan seorang gadis mendekati periuk nasi tersebut. belum apa-apa lagi...periuk nasi itu bergerak dengan  sendiri. menghempas hempas ke lantai. gadis itu melarikan diri dari ruangan dapur lalu hilang.

aku cuma mampu terduduk di kerusi. kepala lutut sudah mula rasa nak tercabut. aku tergamam dengan situasi tersebut......lantas aku memanggil Abie sekali lagi.

"Abie!!! Abie!!!"

kedengaran Umie tidak tahan dengan situasi lantas meluahkan rasa tidak puashatinya.

" Itulah ... kan saya dah cakap !!! hantu-hantu ini memang kejam !!! kita mesti hapuskan !!!

aku terus menerus memanggil Abie !!! Abie...!!! Abie !!!!!!

di depan aku ketika ini hantu-hantu itu semakin mengganas. bukan sekadar periuk sahaja yang dihempas-hempas. besen-besen dan penutup periuk semua dihempasnya satu persatu. kedengaran situasi di dalam rumah agak gawat. dan agak bising. bila mendengar umie mengatakan hantu-hantu ini kejam... keadaan semakin memburuk.

benda-benda itu tadi mendatangi dan mendekati aku ...
lama ..kelamaan semakin dekat...
aku terus menerus memanggil Abie .. Abie !!!

belum sempat Abie mendatangi aku.. kedengaran satu suara lain menjengah ke telinga aku ....

"cepat ... bangunkan usu tu .. jangan dibiarkan saja !! "

dengan susah payah aku buka mata untuk keluar dari situasi tersebut. Lama-kelamaan bunyi periuk belanga yang mula tadinya bising memenuhi ruangan rumah kedengaran sayup-sayup... dan akhirnya aku mula mampu membuka mata. syukur Alhamdulillah. aku o.k saja.

namun, selepas itu secara tak langsung otak aku buat flashback mimpi-mimpi itu sebentar tadi. lokasi rumahnya bukan seperti rumah Abie. tapi seperti di rumah sedara kepada ayah. kedua, masalahnya bila masa pula kami ni duduk di kawasan pantai dan rumah menghadap ke laut?!!

sungguh mimpi itu ... hati aku tak habis-habis bertanya gerangan siapakah gadis yang muncul di dalam mimpi aku ini. OPSSSS!!! ... lama-kelamaan ingatan aku kembali menjadi semakin normal. aku teringat gayanya berjalan. pandangan dari sisi, pandangar dari belakang ....  dan gadis itulah mendiang Chermiey .... R.I.P ....

Nota: o.k aku memang lupa nak ambil wuduk sebelum tidur. yang pasti dan seingat aku... aku sebenarnya tertidur. Aduh !!! Astaghfirullah .....

No comments: