Friday, July 13, 2012

Sampul Untuk Sakinah !!!

Aku tak tahu sama ada nak klasifikasi macammana ni ...

ceritanya macam ni ...

kring..kring ..kring !!! -telefon rumah berbunyi

"assalamu'alaikum !" -kata suara dihujung talian.

"wa'alaikumsalam... kenapa mama?" -tanya aku .

"kamu jadikan balik kampung malam jumaat ni?" -desak mama.

"kalau saya cakap tak nak balik mama mesti akan paksa jugak balikkan?" - tanya aku balik.

"haishhh kamu ni...janganlah macam tu... baliklah nanti ya ... " - katanya lagi memujuk aku.

" insyaAllah .. saya baliklah ... lepas kelas saya balik o.k.... " jawab aku lagi meyakinkan dia.

"baiklah kalau macam tu ... senang hati mama dengar ni ... assalamu'alaikum "

"wa'alaikumsalam warahmatullah..."

apalah mama ni macam drama-drama dalam TV pula. dia nak jodohkan aku dengan siapa-siapa ke ni? Kesian mama ....

Tiba waktu malam selesai solat berjemaah...
mama mula membuka bicaranya.

"kamu tengoklah benda dalam sampul ni dulu ... kalau kamu setuju ... bagitau secepat mungkin ya. tapi mama harap kamu tak tolak untuk kali ini."

"apa ni mama? gambar calon suami kot?" selorohku.

"ya...memang gambar calon suami buat kamu. abang kamu yang tolong carikan untuk kamu. "

aku terkejut ...

selepas beberapa hari berlalu ... sampul itu masih belum terkoyak. Entah apalah yang aku fikirkan sebenarnya. aku tak pasti sama ada apa yang perlu aku jawabkan untuk mama dan abang aku.

apalah abang mad ni ..,. orang gurau sajalah...adeh ... -getus hati aku-

setelah buat solat hajat dan istikarah hati aku sedikit demi sedikit akhirnya tenang.

sekali lagi mama bertanya dengan aku secara berdepan sebelum aku balik ke Flat. aku bagitau ... semua keputusan aku serahkan pada mereka. baik bagi mereka baik jugak bagi saya. cuma saya ada satu syarat. paling lama tunang 3 bulan saja...

aduhhh gilakah aku!!! aku tak tengok lagi gambarnya. aku tak tahu apa pekerjaannya. macam mana aku boleh buat keputusan yang macam ni ya ?!!!

kamu tak lah segila mana pun. itu tandanya kepercayaan kamu terhadap pilihan keluarga kamu sendiri.

ya ... betul!! saya lebih percaya pilihan keluarga saya sendiri!!

akhirnya peperangan hati aku berakhir dengan sendirinya tanpa rasa luka mahupun rasa terpaksa sedikitpun.
sampai dirumah aku on fesbuk. sekali tengok ada friend request. seperti biasa aku akan check info dan mutual friend. ataupun senarai teman-teman yang ada. dan akhirnya baru confirmkan.... mungkin kenalan abang mad kot. sekali lagi aku bermonolog.

sekali lagi aku tak pernah nak selongkar fesbuk orang yang add saya jadi rakan. saya sikit pun tak tengok muka dia. bermula detik itu setiap status saya mesti ada yang menjawab dan dinding fesbuk saya penuh dengan kata-kata hikmah.

ajaib sungguhkan?!!!

cuma tinggal seminggu saja lagi ... ya ... seminggu saja lagi tiba saat perubahan hidup yang akan ku lalui. sungguh aku tak faham khabar angin merebak secara meluas di kalangan teman-teman sekerja. sebenarnya aku tak berniat nak merahsiakan apa-apa dari mereka... cuma tunggu masa nak edar kad jemputan saja.

Yang peliknya bila teman-teman tanya, aku jawab dengan selamba saja... aku baru nak jumpa si dia hujung minggu tu sebab nak buat persiapan akhir. setakat ni aku tak pernah belek pun gambar dia.

erkkk ... gulp!!! masing-masing terdiam menunggu jawapan aku. Tak logik betul bagi mereka. Tapi aku bahagia . ya ... aku bahagia ... insyaAllah ...

tengah-tengah keadaan kecoh dengan sesi soal jawab bersama kawan-kawan... tiba-tiba saya dapat maklumat bukan calang-calang orang lelaki tu sebenarnya ... mungkin sama seperti ustaz Don atau lebih tinggi sikit ilmunya... cuma bezanya dia tak lah dikenali di kaca TV. tiba-tiba desakan hati aku kuat nak tahu .... dan nak kenal siapa dia sebenarnya....

sampai dirumah aku pegang sampul surat itu ....
aku koyak bahagian hujung sampul untuk mengeluarkan isinya... tiba-tiba nama aku dipanggil dari luar bilik . abang mad dah sampai.

lantas aku campak sampul tu balik ke atas buku-buku yang tersusun elok. aku angkat beg dan ikut abang mad ke kereta. kami pergi ke sibu. sampai di sibu aku ditemukan dengan seseorang yang aku tak pernah kenal.

Assalamu'alaikum ...

belum sempat aku jawab ... tiba-tiba aku terdengar suara yang bercerita pasal bini-biniku gangster... aku terkejut lalu terbangun dari tidur !!! rupa-rupanya Abie belajar macam mana nak guna PVR ....

Nota: ya ... aku akui semalam sekali lagi sang katak menerjah aku ketika aku di dapur. aku ingat dia dah lari pergi tempat lain. rupa-rupanya ia duduk tercangguk depan pintu Hisham. dek kerana aku geli. aku terus masuk bilik aku tanpa sedar aku tak iron lagi baju Abie rupanya !!! dan aku sempat mendengar ... sang katak melompat dan berhenti di depan pintu bilik aku !!!

Beginilah rupa katak yang duduk depan pintu Hisham tu ... sama saiz macam ni juga. Ha Ha Ha !!! Tapi gambar ni cuma sekadar hiasan yang semalam tu aku tak tak ambil. Aku tak selesa nak buat macam tu Ha Ha Ha !!!

2 comments:

Nizam.Ariff said...

salam,
cantik penulisan awak.
suka bacanya...

sha83@kaizer said...

wa'alaikumsalam ...
sedara Nizam saya selalu mengikuti blog anda entri-entri yang menarik ...

terima kasih