Wednesday, October 24, 2012

Bercerita Tentang Korban !!!

Kita semua tak pasti perjalanan hidup kita macammana akhirnya. jadi bersikaplah memilih yang terbaik buat diri kita. dalam jangkamasa yang agak sesingkat ini. itu adalah yang terbaik. bagi mengelak dari rasa kesal yang tak sudah.

entah apalah aku merapu ni kan? nasib baik merapu ..dan bukan mencarut ...he he he ...

Bila berjalan di atas muka bumi Allah .. harus berhati-hati. Ini bukan tempat kita. Ini bukan hak milik kita. semuanya sekadar pinjaman. sampai masanya kena pulangkan balik. Dan kita pula akan kembali ke tempat asal.

apalah sangat seronok di dunia fana.
kadang-kadang sampai terlalai kita dibuatnya.
sekarang ni aku tengah berfikir juga ...

kadang-kadang aku terfikir juga ...
ramai yang hu ~ ha sana sini ...

berjuang !! berjuang !!! berjuang !!!
tapi .. entah apalah yang diperjuangkan ?!!!

kerana persoalan ini ... buat aku semakin berubah dari hari ke hari. nak senyum pun susah... nak gelak apatah lagi ... nak bergurau senda ... rasa berat je mulut.

sampai satu tahap ... aku cuma sekadar menjadi pendengar. ya .. itu lebih selesa.

Sekarang bulan zulhijjah ... bila bulan zulhijjah mesti berkait dengan korban. ramai yang tahu ... bila tiba masa korban... mesti berkaitan dengan sembelihan dan sangat sinonim dengan lembu. Bila aku fikir - fikir balik ... yelah ... agaknya apa yang aku korbankan selama ni buat agamaku ... jauh sangat bandingnya dengan pengorbanan umat-umat zaman Rasulullah S.A.W ...


No comments: