Thursday, November 29, 2012

Antara Al-Quran dan RM Satu Juta

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semuanya. Seronok kamu ye boleh tidur lena.. Aku tengah settlekan kerja yang tak siap lagi ni. sepatutnya habis petang semalam. tapi tak sempat nak sentuh apa-apa. lalu akhirnya terabai....

sekarang ni aku nak merehatkan diri sekejap.

Sepanjang hari ini banyak yang aku belajar. Bermula jam aku celik sampai lah ke masa aku menaip ni. Dah nama pun ilmu setiap saat mesti ada - ada saja yang boleh kita perolehi. cuma persoalannya kau nak pilih yang mana satu kau nak ikut.

Malam inilah pembelajaran aku ditahap kemuncak yang aku sendiri tak sedar sebenarnya. Umie keluar dari ruang dapur tanya. tak ada tengok rancangan bla ..bla .. bla ke tadi...

aku jawab tak ada .. kenapa ye?

ada seorang awek ni tadi .. dia main dalam rancangan tu dengan lelaki yang bukan seagama dia lah ...
hendak dijadikan cerita entah macam mana soalan yang boleh keluar tu pasal al-quran. al-quran ni ada berapa surah semuanya.

lelaki tu sah sah tak tahu jawapankan?
jadi jawapannya terpulang kepada perempuan tu. perempuan tu jawab dia tak pasti. dia pilih jawapan 99 kalau tak silap dengar aku daripada cerita umie. kemudian dia  letak RM satu juta pada jawapan yang dipilih untuk game kedua tersebut. Akhirnya putih matalah jawabnya bila tengok satu juta jatuh macam tu sahaja.

dalam pemikiran aku ni cuma ada satu hal yang terlintas.
apakah itu satu teguran buat kita yang beragama Islam?!!!

dan jawapannya adalah ya !!!
sebab rancangan tu pun bukan main glamer dah sekarang ni. siapa yang tak sentap juga  bila tengok insiden macam ni banyak-banyaklah berdoa supaya Allah tak hijabkan pandangan mata hati kita ni.

aku dengar cerita pun dah meremang rasa seluruh badan. Kita umat akhir zaman ni memang macam ni lah cara hidup kita.

Nota: semoga Allah permudahkan perancangan aku menjelang awal disember ini. berharap juga semoga terserempak nanti dengan siaran ulangannya . Apa yang kamu lihat, apa yang kamu alami itu bukan hanya sekadar kebetulan. sebab setiap yang kebetulan itu pastinya sesuatu yang dibawah perancangan dan kawalan Allah.

No comments: