Assalamu'alaikum dan salam sejahtera ...
Di Malaysia ni kan banyak bahasa-bahasa tertentu mengikut kaum.
Hendak djadikan kisah ...secara tiba-tiba hari ini aku terkenang dengan seorang guru yang bertubuh kecil molek... namanya cikgu Nik.
Mula-mula menjejak kaki ke SMKM ... aku ingatkan cikgu Nik ni seorang ustazah. kerana dia salah seorang cikgu yang bertudung labuh di situ selain daripada ustazah hamidah kalau tak silap aku nama dia.
Pagi itu ... kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bermula.
cikgu: Assalamu'alaikum dan selamat pagi semua ....
kelihatan seorang cikgu yang sangat comel berkulit cerah melangkah masuk ke dalam kelas 1C. dengan keayuan senyumannya. ditambah pula dengan pandangan mata yang sungguh lembut. memang nampak sangat sempurna sebagai wanita solehah.
semua pelajar-pelajar berdiri dan memberi lafaz salam hormat kepada guru tersebut.
Dalam hati aku berkata:
'Lor ...ingatkan cikgu comel ni mengajar agama...rupa-rupanya cikgu matapelajaran biasa saja.'
Itu cerita awal tahun ....
masuk pula cerita pertengahan tahun...
cikgu: Kenapa tak tukar baju?
Aku: Tak ada baju PJ cikgu. dah beli tapi tak sampai lagi.
(antara alasan yang tak masuk akal aku bagi bila kemalasan tahap dewa nak menukar baju mengganggu mood aku untuk hari itu) .
Setakat lari pusing padang tu dah kerap sangat buat hanya kerana alasan tak bawa baju PJ. Itu cerita aktiviti luar.
Bila aktiviti dalam kelas lain pula ceritanya.
Fasa 3 bulan pertama:
duduk elok saja dalam kelas.
Fasa 3 bulan kedua:
Bila tengok waktu PJK selepas subjek-subjek lain. confirm sangat la keluar jalan-jalan. Dah 15 minit kelas bermula baru nak masuk kelas.
cikgu Nik: Dari mana kamu ni ?!!!
-Kami dari tandas cikgu. (Alasan yang paling glamer digunapakai)
sampai satu tahap cikgu Nik bertazkirah:
"kamu ni tak ada keja lainlah ... bila aktiviti dalam kelas saja... mesti "kejapau"... Asal aktiviti dalam kelas saja ...mesti "kejapau". Tak elok tau anak-anak dara "kejapau"." lantang nadanya daripada biasa menandakan yang cikgu Nik mula hilang sikit rasa sabar.
Bermula dari situlah kurangkan aktiviti penjelajahan dari blok ke blok. Bila kami fikir balik masa tu, betul juga kata cikgu Nik. Tak elok anak dara macam kami ni "kejapau".
kau tau "kejapau" tu apa? bukan keja buat pau o.k ... itulah istilah orang melanau bagi buat orang-orang yang suka berjalan. Tak reti duduk diam dalam rumah.
Lepas tu cikgu Nik ikut suaminya berpindah ke Kelantan. tempat asalnya kalau tak silap.
Bila fikir-fikir balik. Tahun ni... memang dalam kelas aku terdapat seorang dua yang bersikap macam aku dulu kala. Satu saja cara aku nak elak dari kelas terganggu.
1- aku lepaskan mereka selepas habis kerja dalam kelas. Tak siap kerja ...tak boleh keluar. Tak pun masa rehat aku lepaskan dua orang sekali ke. ataupun tiga orang sekali. untuk yang kes kecemasan saja aku lepaskan keluar masa belajar itupun bersyarat... dengan syarat keluar seorang-seorang. Kalau bagi berdua memang "kelautlah" jawabnya.
Nota: Ingatkan tazkirah yang sekejap tu berbekas untuk masa sesi belajar dalam sekolah saja. Rupa-rupanya melarat sampai ke rumah. Ha Ha Ha !!! Kami merujuk kepada Aku, Suraya dan Norhayati hihihi ...
No comments:
Post a Comment