Payah betul kekadang aku nak faham dengan manusia sekeliling ni. Sepayah-payah aku nak faham. aku rasa lebih elok kalau aku layan demam ni.
Nak kata baru bangun pun tidak, nak kata baru nak tidur pun tidak. Antara jam 4 -5 setengah... tiba-tiba aku sesak nafas. segala macam hal terflash back balik. haishhh .. aku tak sedap hati lah ... Rasa masa tu juga nak tercabut nyawa.
jam 4 aku dah dekat-dekat nak masuk alam tidur. setelah berhempas pulas melawan kenaikan kepanasan suhu badan. Tekak yang sakit seawal malam tadi dah mula hilang 80 % selepas ikhtiar terakhir aku dengan menjamah mamee sup pagi-pagi buta jam 3 hanya semata-mata nak bagi aku berpeluh. Punyalah rasa keluar dari sauna selepas makan mamee sup vegetarian panas-panas.
aku sebenarnya dah kehabisan stock ubat untuk menghadapi demam sekarang ni. Patutlah minggu lepas perkataan pertama yang aku perasaan adalah "Drug Store"!!! aku tak perasan pun kewujudan perkataan itu di mana-mana kedai ubat sebelum ni.
sepatutnya, petang ini adalah petang liburan untuk aku. maka, aku isytiharkan takkan ada liburan petang ni. berehatlah ... tidurlah .... sedar diri sikit... kau tak ada drug stock... dan tak reti-reti lagi ke .... kau bila demam memang jarang nak makan-makan panadol.
demam-demam macam ni .. pekena maggie laksa sungguh best!!! Oh ...siapalah aku uwarghhhh .... tak sesuai langsung.
baru saja nak melenakan diri ... tiba-tiba diasak dengan sesak nafas. badan berpeluh...jantung rasa nak tercabut... seluruh badan rasa lemah. tak mampu nak berkalih-kalih rasa badan. rasa sangat-sangat tak bermaya. Aku tau ... aku tau .. aku tau ... itulah ... dah tahu tak boleh minum air sejuk bedal jugakkan? Maka, terimalah padahnya. sekarang ni Allah selalu bayar cash... tak ada tunggu-tunggu sampai akhirat. sejam lebih dalam situasi itu betul-betul buat aku rasa dah tahap nazak.
dan sekarang... kalau keluar dari dalam bilik berkeadaan macam ni mungkin ada yang akan tegur.
-"awal-awal mandi ni nak pergi mana?"-
Hik Hik Hik !!!
Nota: Antara simptom yang aku dapat sebelum demam.
1- Berpeluh melampau-lampau.
2- Sesak nafas
3- sakit tekak (jarang berlaku)
4- batuk yang melampau tengah-tengah malam dan awal pagi.
5- Badan sakit-sakit
6- migrain
7- Angin tak baik!!!
masa angin tak baik ni ... silap cakap sikit ... boleh sakit hati orang mendengarnya. sebab tu la kalau aku tak sihat. aku kurangkan bercakap. tapi bila terpaksa juga. adalah celah sikit-sikit yang tak betul dan tak berapa nak ejas punya ayat terkeluar. Selalunya...aku memang tak kan jawab apa-apa bila orang bertanya. zaman arwah ibu dulu. bila mood bertukar macam ni. awal-awal dia dah sediakan nasi bubur dengan garam seketul. Tak pun nasi panas yang tahap lembik dengan minyak "skiyu". Aduhai ~~~ sedapnya !!! Bila pekena je tu ... nafsu makan memang mengalahkan nafsu masa sihat. :)
Masalahnya sebelah malam sajalah . Bila demam. susah bernafas memang sampai ke pagilah berjaga. sampai satu tahap ... arwah mak ambik penutup balang... kemudian ibu bakar eh bukan kemenyan ... tapi kulit-kulit bawang ... kemudian diasapkan ke arah saya yang betul-betul tak larat nak bangun ni sehingga saya berpeluh dan boleh bernafas macam biasa. Tak setakat tu saja. siap habis satu badan dari kepala sampai kaki dipukulnya dengan kain batik.
pernah dengar "temuan" tak? dulu aku tak berapa faham sangat temuan tu apa. bila dah makin membesar aku dapatlah kaitkan sikit-sikit. lebih kurang macam masuk angin keluar asaplah. sebelum masuk fasa alam tidak sihat. mesti kau tak ada selera nak makan. bila tak makan dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan "temuan". itulah yang mak aku cakap dulu.
tapi bila aku fikir balik. antara jampi mak aku baca dulu.
"balik ke tempat asal. aku tau dari mana kau datang "
errr ..biar betul jampi neh .... :seram. tapi mak tak sebut mambang. dia sebut temuanlah ... tapi ada juga sebut tanah, air... adoiii .. apa kes neh !!!
Masa kecik dulu hafal jugaklah "lagu" tu. dah lama tak dengar langsung tak ingat bait-baitnya. Biasalah zaman 80-an... tambahan pula duduk di kampung, sakit sikit anak-anak mesti difirasatkan ada yang mengacau. tambahan pula bila dah sampai tahap tak tidur malam. Bila masuk alam sekolah rendah. aku dah mula jarang dilayan macam tu. Seingat aku, mak aku cuma masih kekalkan sapu minyak lelah. sangat jarang makan ubat-ubatan klinik. macam tak memadai. makin parah adalah. jadi, makan panadol cortal kanak-kanak saja dan ubat batuk cap kelapa laut afrika.
sekarang?!!! aku tak bergantung dah dengan mana-mana ubat. cuma bila terlalu tinggi sangat suhu badannya pekena jugak panadol. batuk?!!! banyak minum air suam. dan makan gula-gula kiss me.
No comments:
Post a Comment