Alhamdulillah .. murah rezeki ...
Akhirnya rumah itu betul-betil menjadi milik aku yang sebenar. Aku melangkah masuk ke dalam rumah penuh hati-hati.
Dengan .. lafaz Bismillah ... tetapi ada sesuatu yang mengganggu pendangan mata aku. Gadis berambut karat itu!!!
"Eh ... kau masih ada kat sini lagi?"
"Maaflah ... barang aku kemas tak habis lagi. Nak duduk? Duduklah .. jangan risau...aku dah kurung anjing kesayangan aku."
"Ah ... kau memang selalu tak dengar cakap aku kan?!!! Baik kau keluarkan saja anjing kau dari dalam bilik tu."
"betul ke ni? Bukan kau tak boleh sentuh anjing ke?"
"Yang aku tau ..masih banyak lagi kerja aku lepas ni."
Selesai kerja-kerja gadis itu di rumah....dia terus keluar dari rumah dengan rasa gembira.
Aku menyelesaikan tugas-tugas aku "membersihkan" rumah tempat tersebut.
Menjelang malam. aku dikunjungi oleh rakan-rakan sekerja aku. pada asalnya kami sekadar sembang-sembang kosong di ruangan tamu.
"oh .. sinilah rumah kamu ye?"
" ya... rumah kecil sajalah :)"
" Eh ..banyaknya kucing kat kawasan rumah kau ni?"
" kat sini memang banyak kucing terbiar."
Tiba-tiba lalu di depan mata seekor kucing yang besar. Aku terkejut. Lantas bersuara:
" Eh ... Besarnya kucing depan tu."
" wah ,,, geramnya tengokkk !!!"
aku tak tunggu lagi kat situ. Sedar-sedar aku dah pun berada depan pintu. Dalam hati aku berteka-teki ;
' Kucing apanya sebesar tu? dah rupa raksaksa dah nengoknya! sekali dia NGAPPPP!!! '
Tangan aku mula memulas tombol pintu rumah. Aku jerit ke arah teman-teman aku mengajak mereka masuk. Tapi ... belum sempat aku bersuara.. aku melihat mereka lari lintang-pukang dan kucing itu pula mengejar mereka. Aduh ...apa aku nak buat ni Ya Allah... selamatkanlah sahabat-sahabat aku!
Tiba-tiba aku didatangi oleh salah seorang kanak - kanak dibawah bimbingan ku kini. aku pun bertanya:
" Eh ... buat apa di sini?"
" Saya datang nak melawat... saya bawa keluarga saya sekali."
"Lor .. ye ke? susah-susah saja."
" Ini untuk ustazah .. tak adalah mahal sangat...tapi semoga ada manfaat ya .."
Aku senyum lantas mengucapkan terima kasih ...Tiba-tiba... kucing itu merempuh pintu masuk lalu bertukar menjadi saiz kucing yang biasa. Dengan selamba budak tu marah kucing tu...
" Tom .. apa ni ? suka betul kacau orang ye? aku kurung kau nanti baru tau!"
Aku ; "Erkkkkk!!!"
Dalam hati terfikir .. memang sebiji macam filem tom and jerry insiden sebentar tadi.
Tetamu yang datang aku jemput masuk. Dan kami menjamah sedikit jamuan yang telah aku sediakan di ruangan taman di laman belakang rumah. Semasa menjamu selera bersama-sama mereka, aku didatangi seorang ibu ...
" terima kasihlah sebab banyak membantu anak-anak saya di sekolah."
tengok wajah si ibu .... tapi sekali tengok anak yang dipegangnya anak orang lain. Aku sangat terkejut ...sedkit demi sedkit aku rasa tubuh badan aku menggigil ... menggigil dan menggigil ... kepala aku mula berdenyut - denyut... Nafas aku mula tak teratur. dan aku mula kekurangan oksigen. Aku pejam mata aku seketika bagi menenangkan diri aku. kemudian, aku buka mata perlahan-lahan... Laman yang menghijau itu kini hilang daripada pandangan mata aku. Yang pasti aku terlantar di kerusi berdepan dengan TV panasonic.
Aku dapat merasakan sejuk sampai ke tulang. seluruh tubuh badan aku menggigil dan sakit-sakit. Kepala aku mula rasa berat. Oh ... tahulah aku ... dan aku mula sedar. Aku masih sakit lagi rupanya. Aku bangun perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik. merbahkan diri di atas katil dan terlena sehinggalah jam 12 malam...
No comments:
Post a Comment