Wednesday, September 11, 2013

Saya Bunuh Diri Saja!!!

Suasana agak sepi seketika . Agak lama juga seorang seorang yang boleh dipanggil kakak itu berdiam diri. Beberapa minit kemudian dia pun bersuara dengan lembut tapi penuh ketegasan umpama seorang kakak kepada budak lelaki comel itu.

" Ada adik tak sekarang ?"

" Ada "

" Bila kita tak pandai mengaji kita nak ajar apa dengan adik ? "

" Tak apalah. Kakak saya ada untuk ajar adik mengaji. "

" Nanti nak solat baca apa pula bila dah tak tahu mengaji ? "

" Saya boleh baca al-fatihah saja ..."

" tahu tak kelebihan mengaji ni ?"

" Tak tahu..."

" Bila kita pandai ngaji bukan setakat dapat pahala saja...tapi boleh cerdaskan otak, jiwa kita tenang, nak belajar pun boleh jadi senang. Jarang tau jumpa budak yang pandai ngaji tapi kurang bijak di sekolah."

" Errrr....tak apalah ."

" O.K apa cita - cita kamu dah besar nanti ?"

" Dia kata nak jadi polis !" 

Cepat saja kawan sebelah menyampuk. Tapi ......

" Eh .. mana ada !!! Mana adalah !!! Itu saya saja cakap-cakap !!! " Tegas si kecil itu.

" Habis tu ... dah besar nanti macammana nak hidup dengan baik. "

" Alaaa.. Tak payah nak kerja sangat. saya nak duduk rumah goyang kaki depan TV saja."

" Apa?!!! Haissshhh kamu ni !!! Nanti nak makan apa ? " 

" Ibu dan ayahkan ada ..." 

" Itu masa Ibu dan ayah ada . Bila dua-dua dah tak ada macammana ?"

" Kakak sayakan ada ? saya mintak saja daripada kakak ." 

" Katakan kakak kamu dah bernikah kemudian ikut suami dia dan ada anak sendiri. Macam mana dengan awak ? " 

" Dah susah sangat macam tu saya bunuh diri saja !!!" 

" Allah tak sayang dengan orang yang bunuh diri. Daripada berfikir nak bunuh diri...apalah susah sangat belajar ngaji sungguh-sungguh. Bila kita dah tak ada dalam dunia ni ada juga yang temankan kita dalam tanah tu nanti... tempat yang gelap pun boleh jadi terang bila kita pandai mengaji ni....Haaa... yang mana satu kamu pilih ? " 

" Mestilah nak pandai mengaji . " Jawabnya dengan muka sedih . 

Nota: Anak-anak zaman sekarang ada-ada saja jawapannya . Umur 8 tahun pun dah boleh fikir bunuh diri tu jalan penyelesaian. Hakikatnya, Itu bukanlah jalan selesai yang terbaik. Banyak lagi jalannya. Sempat lagi berpesan....Ingat ...Bunuh diri itu bukan jalan yang terbaik! Katakan ajal belum datang, nanti lumpuh seumur hidup lagi rasa sakit nak hidup. Tak boleh bergerak, tak boleh bangun. Makan, minum, buang air besar, buang air kecil semua atas tilam. Mana yang kamu nak ?!!! Nak hidup macam sekarang atau hidup susah seperti tadi ?!! Lalu mereka jawab ... Mestilah nak hidup macam sekarang...hidup dengan baik .... 

No comments: