Thursday, August 10, 2017

Cikgu Viral !!!

Cikgu Viral VS Online shamming

Baru malam ini aku dengar tentang patah kata online shaming Boleh rujuk di sini sekiranya tidak tahu apa maksud online shaming .

Tahun lepas aku pernah dengar tentang menjadi satu kesalahan apabila cikgu muatnaik setiap jawapan pelajar yang tercatat atas kertas ujian atau latihan.

Aku tidak boleh bayangkan aku hidup di zaman ini sebagai pelajar tingkatan 3 yang berpisah tiada dengan lagu - lagu dendangan backstreet boys, Britney spears, No Doubt, Smashing pumpkins, Nirvana, 'N sync, The Moffats, Gil dan yang sealiran dengannya. Aku layan semua genre musics yang penting orang putih. Punyalah semangat pasang niat belajar cakap orang putih, tapi cikgunya artis. Bukan surat khabar atau pun berita orang putih. Masa ni aku tengah gila dengan sitcom cerita cina. cerita orang putih jarang sikit layan. kecuali rancangan x-files dan cerita seram.

PMR atau dikenali sebagai Penilaian Menengah Rendah. Ia diduduki oleh pelajar tingkatan 3. zaman ni agak cuak juga bila dimomokkan dengan berita bila fail PMR tak boleh naik tingkatan 4. Aku pula jenis yang cepat panik bila dengar berita-berita yang macam ni. suspen tak suspen aku redah saja. Bab Matematik dengan Inggeris aku memang selalu angkat bendera putih sejak daripada zaman sekolah rendah lagi. Nasib baik cikgu - cikgu aku tak pernah putus asa dalam memberi ilmu. Aku minat membaca. Cikgu Inggeris aku selalu galakkan aku untuk baca buku cerita dalam bahasa Inggeris ataupun baca surat khabar bahasa Inggeris. tapi, itulah masalahnya, diperkenalkan dengan penulis penyiasat berbangsa Inggeris aku pula memandai mencari yang alih bahasa yang bahasa melayu. Manalah nak sampainya ilmu bahasa Inggeris.

Tingkatan 3 adalah zaman kemuncak Backstreet Boys. Kebetulan, aku baru dapat info nak jadi peguam kena belajar sejarah dan bahasa Inggeris sungguh-sungguh. Inggeris dan aku ibarat musuh yang tak boleh bersatu. Demi satu cita - cita, aku bertatih belajar bahasa Inggeris. aku bertatih mencintai bidang sejarah. Alhamdulillah, daripada sekali dua sahaja lulus sebelum ni, aku boleh dapat B. Yang pasti aku teringat balik kata-kata sahabat lama aku.

" Aku tengok kertas ujian kau ni semua penuh dengan lirik Backstreet Boys. Aku harap ujian bahasa Inggeris tu tadi tak macam ni keadaannya."

" Alaa....dah terlambat dah ! "

" Apa ?!!!! Kau dah gila pergi letak lirik Backstreet Boys dalam ujian penting tu ?!!! "

" Serius cakap ni. Aku tak ada idea nak tulis. Otak dah tepu. Aku dah usaha. Aku sekarang kena doa supaya pemeriksa tu bukan kategori peminat ataupun anti - Backstreet Boys."

" Ha Ha Ha. "

Bayangkan apa akan jadi pada kertas ujian aku sekiranya aku hidup di zaman ini. Percayalah... itu adalah kali pertama dan kali terakhir aku guna lirik lagu dalam peperiksaan penting. Masa SPM aku susah sikit nak apply, sebab Backstreet Boys masa tu dah banyak saingan. Aku pun dah tak pasang cita - cita setinggi langit setelah keinginan aku nak jadi peguambela ditentang habis - habisan. Akhirnya SPM aku tak ke mana - mana. Begitu juga dengan diploma aku. Dan sekarang aku belajar daripada kesilapan aku dulu. Hidup mesti ada cita - cita. Sekurang - kurangnya kau tahu mana destinasi yang kau akan tuju.

Akhirnya, aku kembali bertapak ke sekolah bersama kerjaya yang aku ingin sangat - sangat tolak dulu. Aku rasa aku bukanlah cikgu pilihan dihati pelajar. Alasan :
1- cakap lepas
2- garang
3- aku tak suka pelajar manja tak bertempat. Aku nak pelajar aku kuat. Kuat bila cikgu tegur dia. Tak kuat merajuk. Faham akan kesalahan diri sendiri.
4- Yang penting punya cita - cita.

Cakap lepas ni tak adalah sampai keluarkan kata - kata yang tak elok. Cukup sekadar aku menyatakan aku tak suka yang dia buat macam ni. Tu saja. Budak - budak zaman 2006 dulu jauh sangat beza berbanding sekarang. Garang aku, sebab aku punya suara memang dah sedia lantang. Aku bukan spesis ayu - ayu. Aku membesar di kalangan 6 bersaudara tanpa saudari. Aku satu-satunya saudari dalam keluarga aku. Termasuk mak...adalah juga kawan. Sekarang dah lebih setahun mereka berada di tahun 2, sedikit sebanyak aku kena lebih tegas berbanding sebelum ni. Budak - budak ni bukannya tak faham. mereka dah faham teknik nak mencari jawapan. Masalahnya jiwa mereka memang takkan tenang selagi tak "REHAT". Bila aku ingat balik hak rehat dalam artikel  yang diviral di Facebook. Jadinya, aku batalkan niat denda nak rehat. sekarang aku cuma bagi denda siapa tak boleh jaga elok perangai, kena bayar balik harga buku tu. setakat ni, berjaya kata-kata hikmah ni.

No comments: