Monday, October 2, 2017

Budak + Sukan = Hadir Kelas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam sehati sejiwa.
Aktiviti minggu ini sangat menyibukkan. Sehingga aku tak terhantarkan seluar sukan untuk dipotong. Al-kisahnya kurang inci punya pasal.

Minggu lepas adalah proses latihan budak-budak dan pemilihan. Minggu ni dah mula pertandingan. Esok merupakan hari kedua sukan. Aku jadi pening sedikit seminggu lebih dah berlalu ni. Hermmm...

Di sini aku teringin membuat selingan sedikit. Aku selitkan lagu Faizal tahir ye. Sahaja aku carikan yang ada lirik lagunya. Mudah sikit bila nak nyanyi. Aku harap lagu ni berkumandanglah masa sukan nanti ya.


                                                            Sumber dari youtube

Masuk tahun ini merupakan tahun kedua aku berada dalam rumah kuning emas diraja. Aku tak ingatlah nama rumah. Aku cuma kenal warna saja. Haa hari kemuncak aku ingatlah namanya. Tahun ni tak pasti tema apa pulak sukan tahunan sekolah.

Tugas aku seperti biasa. Terpacaklah aku jadi kameragirl ( hahahaaa....tak boleh blah kan? ). Aku harap untuk tahun ini bolehlah aku berjuang untuk mengambil babak-babak indah sepanjang sesi sukan tahunan. Cuma aku harap tak adalah mana-mana "penampakan" yang bakal berlaku untuk kali ini ye. hehehe.

Pening aku bukanlah kerana berpanas. Aku pelik....asal sukan baru nak muncul muka. Dalam setahun rasa berhari raya pula bila jumpa budak seorang ni. Memang budak bertuah.

๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†๐Ÿ‘† Kisah di atas ni aku kemaskini pada september minggu lepas. Baru minggu ni berkesempatan nak publish. Rumah kuning bola jaring dapat tempat kedua. Yang lain-lain aku belum risik khabar.