Monday, October 2, 2017

Aku Hampir Rentung!!! (Antara Mata Hati Dan Kebetulan)

Ada benar kata pepatah ikut rasa hati, pasti akan binasa. Namun, untuk kali ini aku bagaikan dipaksa untuk menafikan hakikat itu. Mari kita semak sama-sama.

Biasa orang tua-tua pesan. Bila rasa tak sedap hati, lebih elok kau tinggalkan. Sebab, tak sedap hati tu kadang-kadang boleh jadi petunjuk untuk kau elakkan sebarang kemungkinan yang berlaku. Namun, ianya bersyarat...HATI KAU KENA BERSIH dulu!!!!!!

Nak kata hati aku ni bersih, tak adalah bersih. Sebagai manusia biasa kita tetap bergelar sebagai seorang pendosa. Kau tak kan boleh lari daripada sangkaan buruk kau terhadap orang - orang tertentu. Namun, untuk elak prasangka tersebut berterusan aku gemar memutarkan apa yang bergolak di dalam hati aku. Sebagai contoh. Ya Allah... aku nampak banyak kekurangan yang ada pada si polan ini. Aku percaya ya Allah... sesungguhnya akulah yang seperti itu... berikan aku kekuatan untuk mengatasi kekurangan dan kelemahan aku ini. (Aku harap kau faham konteks doa ini.) Kalau tak faham juga...kau boleh pm aku di facebook.

Beberapa hari selepas kejadian pusat tahfiz terbakar. Aku ditanya oleh seseorang.
"Apa yang kau belajar dari kejadian tu?"
"Kena ada alat pemadam api, letak di beberapa tempat yang berkemungkinan akan berlaku kebakaran atau mudah untuk dicapai. Tak cepat panik, dan tahu macammana cara nak kawal api."
"sekarang aku tanya...Dalam rumah berapa dah alat pemadam api dipasang ?"
" Tak ada."

Aku kurang rajin nak printscreen status-status facebook aku. Aku juga kurang rajin nak taip panjang-panjang sangat. Jadi aku skip dulu cerita tentang Facebook dan statusnya.

Minggu lepas. Aku rasa aku tak punya masa yang cukup untuk siapkan bermacam-macam kerja. Hakikatnya...kerja aku tak adalah banyak mana pun. Aku sendiri tak pasti kenapa dan mengapa? Dalam hati aku berkata...mungkin benar kata-kata seseorang time management aku teruk...Aku dah usaha untuk tak tengok tv, tak baca novel, dan sebagainya. namun, sefokus macammana pun aku terhadap kerja aku, pasti akan berakhir sebelum masuk waktu subuh. Tidur entah ke mana-mana. Aku bekas penghidap migrain. Tidur yang langsung tak ada boleh buat suhu dalam badan aku jadi tak stabil. Ya... dan itulah yang berlaku sehingga sekarang.

Dan hari ini aku putuskan. Aku akan uninstall facebook dalam telefon bimbit aku. Aku rasa itu yang patut aku buat sejak dari dulu. Kata hati aku.

3 hari sebelum hari kejadian (iaitu hari ini). Malam jumaat tu sekali lagi aku layan cerita tanda-tanda menjelang kematian. Aku tak ingat tajuk sebenarnya, yang bapak sari yanti dalam cerita tu seorang tentera. Kemudian aku banyak layan cerita-cerita kematian yang secara tiba-tiba dan benda-benda ghaib yang lain. Sehinggalah ke hari sabtu, sebelah petang...aku tak rasa apa-apa. Tak ada nafsu nak makan. Tak rasa lapar dan sebagainya. Hidup rasa macam tak ada perasaan dan tak pasti ke mana jiwa lari. Dah gila agaknya.

Berbekalkan kesungguhan keyakinan aku terhadap Allah. Aku masih diberi kesempatan untuk berfikir secara normal. Sehinggalah ke hari Ahad. Aku gagahkan diri dan cuba menukar menu makanan harian. Aku makan lempeng + peanut butter. Memandangkan aku tak pernah makan menu macam ni, jadi agak berselera sehinggakan habis separuh lempeng yang aku buat. Malam tu jam 10 lebih malam aku lapar balik. Aku habiskan saki-baki lempeng yang sedia ada. Tak sangka sesuatu yang berlaku ketika aku menelan si lempang. Anak tekak aku rasa tercekik. Sungguh aku dah kunyah betul-betul...Telan kali kedua dan seterusnya tetap sama. Aku pasrah. Aku gigih juga habiskan lempeng yang sedia ada. Hakikatnya ... hati aku dah mula rasa tak berapa sedap. Aku doa... Jangan ambil nyawa aku ketika aku belum benar-benar bersedia ya Allah. Aku tak sanggup mati dalam kemurkaanMu. Siksa rasanya bila kau tutup mata...kau boleh dengar nafas kau hela dengan telinga kau sendiri. Kau bayangkan ....apa akan berlaku sekiranya telinga kau juga menangkap hela nafas kau terhenti secara tiba-tiba.

Pagi ini. Aku jarang nak basuh baju sambil masak. Namun, pagi ni, aku buat. Biasa sambil masak waktu pagi ni, memang aku suka bercuci pinggan dan segala benda alatan yang aku dah tak guna untuk memasak. Buat 2 kerja dalam satu masa maksudnya. Tapi ada satu benda aku tak buat. Masak 2 menu dalam satu masa. Hendak dijadikan cerita... tengah aku cuci kuali. tiba-tiba aku perasan asap makin banyak daripada biasa. Aku toleh ke dapur aku terkejut... melihat api dah kian membesar sehingga menutupi double pan yang aku guna untuk panggang terung. Tindakan refleks aku yang pertama...

1. tutup dapur gas. Kalau nak capai tong gas aku kena berperang dengan pintu penutup tempat tong gas tu dulu.

2. angkat pan dari atas dapur masok dalam sinki curah air. Selamat ...api padam.

3. nak padam api atas dapur pula. Ikut rasa hati aku nak campak je dapur ikut tingkap. Memandangkan dapur tu berjeriji besi. Jadi, terbatal niat aku. Gas dan tuala basah aku ingat demo tu dalam facebook. Aku pernah share juga 2 kali selepas kejadian pusat tahfiz terbakar tu. Aku tutup suiz mesin basuh capai tuala basah ...letak atas dapur. Selamat. Padam api. masa api kecil tu... aku dah suruh hisham cabut kepala gas dan keluarkan tong dari bawah kabonet( aku tak faham nak eja benda alah ni)

Selesai kejadian... hisham tanya siapa yang tutup gas dekat dapur tu? Mungkin dia agak-agak malaikat tolong kot. Aku jawab... usu lah ..masa nak alih pan tu tadi.

"Ohhh... Nasib baik usu masih ingat langkah-langkah nak kawal api tu. Kalau usu panik tadi...habislah cerita...."

Hati aku berkata: Sakinah... ini amaran untuk mu di dunia. Pesan dari akhirat.

Badan yang tak segar kembali rasa segar semula. Namun, agak trauma juga sebenarnya. Mohon diberi kekuatan untuk terus berada di dapur pada hari-hari mendatang. Kejadian yang sangat tak masuk akal. Macammana api sekecil tu boleh membakar pan yang saya memang tak guna minyak untuk memasak.

Jam 3.18 pagi tadi aku terbangun bagai digerak seseorang. Aku dengar hujan. Dalam hati aku terdetik. Submit doa kau sakinah...mungkin ini adalah doa yang terakhirmu. Doa aku simple sahaja.
Ya Allah...semua yang baik dan buruk itu datang daripadaMu. Aku yakin dengan Mu. Kuatkanlah aku. Aku mohon petunjuk Apakah aku perlu pertahankan atau lepaskan sahaja peluang yang telah kau berikan kepada aku. Aku tahu...itu peluang dariMu buat aku.

Pagi ini...aku tak sangka benarlah kata-kata seseorang itu... apa persediaannya?!!! Dan hari ini aku berdepan dengan api. Belum lagi api besar.

Sekarang aku dah semakin jelas apa yang perlu aku lakukan . Terima kasih ya Allah atas segala jawapan satu-persatu. Semoga Allah permudahkan semuanya.... Baik urusan dunia...juga urusan akhirat....

No comments: