Tuesday, October 10, 2017

Untung Aku Ni Bukan Seorang Artis!

sha83@kaizer
Berat dengan erti kata lain sukar, mencabar dan penuh ujian. Setiap yang bergelar manusia pasti akan rasa sisi berat kehidupannya. Cuma cara kita saja yang berbeza dalam menangani isu ini.

Aku kira satu - satu dalam kelas aku. 2 orang yang tak biasanya tak hadir hilang dari radar. Bila aku fikir-fikir balik, mungkin tak sihat agaknya. Ia diluar kebiasaaan.

Yang lain hidupnya seperti biasa. Masuk kelas, bercakap, bersenda gurau sudah jadi sesuatu yang sangat alami. Bila tak tahan dengan gurauan.

" Tengok ni. Dia buat saya !" Antara kalimat keramat setiap hari yang kedengaran. Nak kata kes buli tak juga. Sebab yang memulakan keadaan si tukang lapor. Ha Ha Ha.
Satu progress yang aku nampak tahun ni, Mereka sudah boleh bersihkan kelas dengan sendiri. Sungguh ambil masa lebih masa daripada 15 minit. Umur 8 tahun saja pun. Syarat saya letak. Kelas kotor tak boleh belajar. Banyak bercakap tak boleh belajar. Bila saya sendiri jadi tukang sapu, kena tulis atas lantailah jawabnya. Itu cara saya nak elak daripada nak kena pasangkan high volume suara aku. Untung aku ni bukan seorang artis.

Situasi masa rehat. Selalu aku bagi rehat jam 4.00 petang, habis rehat 10 minit, 4.15-4.30 adalah masa untuk mereka bersihkan kelas mereka. Itu stadard masa aku tetapkan buat anak-anak aku sejak zaman azali aku duduk berkecimpung dalam kerjaya aku. sesuatu pandangan yang sangat luar biasa, bila salah seorang daripadanya baring buat macam dalam rumah sendiri. Aku panggil nama beserta dengan amaran kecil. Bila aku tengah susun barang - barang aku balik, tiba-tiba dia buat lagi. Aku tegur lagi. Muka dia banyak senyum masa tu. Aku sambung balik selepas tu. Dan kali ketiga dia ulang balik. Hati aku dah mula panas. Otak aku secara pantas memberi idea dan mencetuskan tindakan refleks namun, masih dalam keadaan tenang.

" aih...memang dah tak nak dengarkah? Berapa kali dah bagitau jangan buat kelas macam rumah sendiri. Suka saya ambil gambar dan hantar kepada pihak polis ke? Nak saya telefon sekarang? "
(Dalam hati berkata. Aku kena cari kawan polis selepas ni. Bawak pergi sekolah. Tunjuk depan budak-budak. Ini orang yang akan berjasama dengan saya selepas ni. Pelajar tak dengar cakap, baik serah pada polis. Kesalahannnya kerana:

1. Tipu ibu bapa. Pergi sekolah mak bapak hantar nak belajar, sampai sekolah kepala cikgu dipijak-pijak.

2. Buli kawan. ( Sungguh kes ini tak ada berlaku lagi untuk 2 tahun ni. ) Mana-mana tempat pun ada sebenarnya.

3. Ikut suka-suki kaki dia saja pijak bunga-bunga yang cikgu tanam. Nak kata tak bagi amaran dah bagi dah. Tak tahu dah apa fungsi telinga. Sehinggakan saya terpaksa keluarkan ayat power setiap kali bagi amaran. " Semua ada telinga dua kan ? Berfungsi tak telinga tu ? " Dijawabnya, "Berfungsi." " Kalau tak ada fungsi bagitau saya, saya boleh saja tolong buangkan." Diam.

Nampaknya, kerjasama daripada semua pihak sangat-sangat dituntut hal seperti ini. Bukan cuma seorang sahaja yang bertindak. Semua mesti bertindak. Hal-hal yang sekecil ini merupakan petanda besar buat kita. Anak-anak kita sedang parah sekarang. Atas tu cuma sekadar kesalahan-kesalahan biasa yang mereka buat. Tapi, bila sampai tahap amaran pun dah diendah kau rasa ?!!! Oren? Laici kang? Milo Ais?

Anak-anak dibawah jagaan aku, memang aku selalu tekankan adab. Namun, semakin ditekankan bab adab ni "semakin menjadi adab" budak-budak ni. Bila aku siasat. Ianya hal biasa di rumah. Sebab tu bila aku dah tahu punca. Aku senang je. Dalam kelas saya, saya tak suka pelajar bawak segala sifat yang ada di rumah tu datang sekolah. Yang di rumah tinggalkan di rumah. Tak perlu bawak ke sekolah.

Cuma aku tak gemar, budak yang suka merajuk. Kau dah buat hal, bila ditegur kita pula yang kena balik. Itu yang tak best. Aku sendiri pun konfius dah nak bagi perhatian macam mana. Banyak jugak effort dah dibuat. Bukan tak diberi perhatian, bukan tak tegur cara elok dah. Sebab tu aku cakap tadi kes jin naik tocang ni.

Nak aku bawak rotan nanti, tak pasal-pasal ada lebam. Aku juga yang bersalah. Untuk elak kejadian tersebut daripada berlaku, baik aku tak payah bawak rotan masuk kelas. Musim sihat bolehlah pasang volume tinggi. Musim tak sihat? Kau fikirlah sendiri.

Teknik lembut penuh kasih sayang aku dah bagi, Teknik selalu bagi hadiah aku dah bagi. Ini teknik yang aku bagi masa mereka usia 7 tahun. Teknik kedua tahun ni. Tak ada jamuan, tak ada hadiah, dapat buku free buku latihan.

Dan terbaru ni. Baru hari ni aku praktik sebenarnya. Teknik merayu. Aku cakap, bagi masa saya untuk terangkan ni selama 5 minit, lepas tu nanti kamu nak bercakap, bercakaplah. Tapi, bila saya bercakap semua kena fokus. Setakat ni, bolehlah berjalan dengan lancar. Namun gangguannya, pelajar yang minta izin untuk keluar dari kelas. Hari ni kami bincang bagaimana cara nak jawab soalan ketika ujian nanti. Bila budak dah keluar, kena tunggu pulak takut nanti ketinggalan. Takkan  nak ulang 2 3 kali kot.

Sebab ingat mereka tu budak lagilah kita tak berapa nak ambil hati sangat. Walau hakikatnya memang ada seorang dua yang agak melampau sikapnya. Namun, seberat apa pun amanah yang kita galas, paling utama adalah doa. Jangan lupa doa untuk diri sendiri supaya terus bersabar dari sehari ke sehari. Bukan mudah nak bersabar dalam mendidik anak-anak ni. Ibu bapa sendiri kadang-kadang kurang sabar dengan anaknya, inikan pula kita yang tak ada pertalian darah.

Sekarang ni aku banyak fokus dalam cari bahan untuk budak-budak autisme dan slow learner ni. Ada apa-apa info roger saya di facebook ya. PM saja.

👳 Sungguhpun kita ni bukan seorang. Harus diingat, kita diciptakan adalah punya tugas yang besar. Menjadi pemimpin untuk umat atas muka bumi ini. Jangan tunggu kita jadi bapa, jangan tunggu kita jadi perdana menteri baru nak laksanakan tugas kepimpinan. Tak boleh macam tu. Manusia = Khalifah. Khalifah = Manusia. Kita ni apa ? Manusia ke ? Jin ke? Atau mahluk hidup yang lain selain daripada manusia. Kerja serah tugas memang senang. Nak jalankan tugas tu yang sukar. Bila tak ada kerjasama memang makin sukar. Baik aku sendiri, kau dan dia serta kita semua. Bila saling bekerjsama, salah seorang, semua salah, bukan hanya nak salahkan seorang sahaja. baru hidup kita ni aman tenteram. Kita pun tak rasa dikecam. Hidup asyik nak kecam dan nak mengecam orang saja.

No comments: