Wednesday, October 11, 2017

Aku Yang Keliru !!!

Aku Yang Tak Reti Edit
Sebelah ni buku yang boleh buat gelak aku pecah bila aku stress. Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab hantar buku ini untuk aku. Terima kasih Cikgu Lee Korea. 

Al-kisahnya, selepas aku bagi masa rehat 5 minit sebelum jam 3 petang. Aku nak bagi budak-budak fokus, jadi aku usahakan guna teknik yang ada dalam buku ni. Pada awalnya aku memang dah ragu-ragu. Sebab budak-budak kelas aku ni bijak sangat berbahasa.   

Siapa yang ada buku seperti gambar di sebelah bolehlah buat rujukan pada mukasurat 49. Aku punya level konfiden masa tu nak cerita memang dah 50-50. Aku dah dapat bayangkan apa yang akan berlaku. Tapi, aku buat juga. Mana tau tekaan aku meleset untuk kali ini. 

Jalan ceritanya aku ubah. Bajet masa yang tinggal cuma sekadar 3 minit sebelum sesi pembelajaran di mula. Semua budak umur 7 tahun, 8 tahun dan 9 tahun mula fokus dan tidak sabar untuk mendengar cerita tersebut. Dengan penggunaan teknik yang sama, aku nampak budak-budak semakin fokus dan tak sabar nak tahu cerita selanjutnya. 

"bla....bla... bla..... (diam). "

"yaa cikgu! Yaa cikgu!!!"

"bla....bla ....bla....."

"Yaa cikgu! Ya cikgu!"

Tiba-tiba seorang bersuara....
"Tak lama lagi kita ni yang jadi kucing ustazah ni."  
Dalam hati aku cakap agak dah. Mesti tak jadi punya. Berbekalkan hati yang cekal, maka aku pun menyambung cerita. Dan akhirnya aku tutup cerita. 

Yang seorang tadi bersuara balik, "kan aku dah cakap, kita yang jadi kucing Ustazah." 

Yang lainnya bersuara... 

"EEEEEEEEeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ...... Ustazah ni!!!!!"

Aku tanya balik. "Kalau bukan kucing apa ya? "

"Manusialah ustazah!"

O.K...jadi kalau manusia, duduk elok-elok, kita nak sambung balik belajar. Manusia Allah dah bagi akal fikiran untuk buat mana yang elok dan tak elok. Semua dah nampak sedia nak belajar, aku sambung balik. 5 minit kemudian macam-macam aksi dah terkeluar. Sebelum bertambah 1001 macam aksi, aku buka satu cerita balik zaman aku sekolah rendah dulu. Baru dengar sekolah tu sebelah kubur saja. Sibuk nak tau ada hantu ke tak ? Lebih hebat dari bincang topik yang dibelajar sebentar tadi. Ha Ha Ha. 1 minit cerita. Disebabkan Tak nak didenda tulis 50 kali barulah semua boleh fokus dengan baik. Ha Ha Ha... 

Aku konfius dengan pemikiran budak-budak kelas aku. Ha Ha Ha. Setakat ni bila berdebat mereka memang jarang dapat tewaskan aku. Dan hari ni budak-budak ni tadi pecahkan rekod mereka. tengok muka budak Tahun 1 tu yang lawak. Ha Ha Ha...Comel sangat. Mungkin sebab fikir macammana dia boleh jadi kucing yang comel pulak. 

Sefokus-fokusnya budak - budak ni.... Tiba-tiba si Anas bertanya. Kejadian ni berlaku pada ayat pertama awal penceritaan aku. 

"Ustazah suka kucing ke? Mana kucing Ustazah? Ustazah tak takut kucing?"

Si Azrul pula bertanya...
"Ustazah ....apa nama kucing ustazah?"

Itu baru intro cerita...berdas - das soalan budak-budak ni bagi. Sebelum intro tu dah budak-budak ni tolak syarat. Siap cakap lagi.... "Alaaa ustazah....tak payahlah pakai syarat-syarat ni."

Ambik kau!!! 
Bila aku mula cerita, nak juga budak-budak tu mengikut syarat yang ditetapkan. Tak nak ikut syarat ....tak ada cerita! Ha Ha Ha. 

No comments: