Friday, July 31, 2009

Hidup Tidak Boleh Dipandang Ringan

gambar yang maverick bagi ...thanks sangat²
anggap lah gambar ni aku ... hakhakhakkk.... dan aku sedang bercerita kepada korang tentang apa yang telah berlaku sebentar tadi ...
hari ni ... budak-budak kelas sebelah aku buat hal .... yang aku nampak seorang pelajar ni nak tumbuk kawan dia yang badan kecik ... mau tak mau .. bila tak dapat nak dileraikan jadi aku tahan dia dan suruh si kecik tu lari ... aku tau.. si kecik tu tak kan dapat tahan dengan budak seorang lagi...
dalam masa aku tahan nasib baik ada beberapa orang pelajar kelas yang sebelah lagi sedar akan kejadian tersebut... makanya, mereka sekuat tenaga membantu aku menahan pelajar yang berkenaan...
sementara si kecik tu lari aku berkejar kepadanya.... bila yang seorang tadi terlepas... rupanya si kecik tu berlari mendapatkan aku... dan si kecik itu aku bawa ke flat... yang seorang tu dibawa ke surau... sampai di surau .. pop!!! (alamak.. pasu pecah ... kak izan yang cerita) ...
aku dan si kecik bersama seorang lagi kawan nya iaitu si kecik 2 .... berada di flat ... aku suruh keduanya solat di rumah ku.... bila sudah selesai solat aku suruh keduanya balik ke kelas kawan aku yang seorang lagi....
sampai saja diluar rumah ... terkejut aku tengok budak yang mengamuk tadi turun dari tangga asrama ... si kecik dan si kecik 2 tadi berlari sekuat hati balik ke kelas... tak perasan pun dorang budak tu dekat tangga asrama tuh tadi....
sampai di surau ...
semua orang menyebuk bertanya mana budak dua orang tu...
dengan selamba aku jawab...
maaf ... maklumat tersebut tidak boleh diberikan kepada sesiapa...
huhuu....
abis kerja semua... buatlah report kat orang kuat kitorang...
jalan selesai ... budak yang ngamuk tadi bakal dipisahkan dahulu setelah habis siasatan...
siasatan akan bermula isnin ini...
Nota: teringat aku kat seorang pelajar pertama aku dulu ... nama dia razs (bukan nama sebenar). budak laki jugak... memang ganaz punye budak .... dia pandai sebenarnya... tapi macam ada masalah je budak tu... pernah satu kali tu ... dia marah markah dia jatuh... jadi kertas ujian tu dia koyak ... aku tanya elok-elok apa masalah dia... dia tengking aku... aku cakap lembut lagi... dia tengking lagi .. aku cakap lembut lagi.. masih jugak tidak berubah .... sekali aku tengking dia balik .. satu kelas terdiam... aku bitau dia..
saya tanya awak elok-elok ...awak tengking saya kenapa? apa masalah awak? nak kata saya tak dengar cakap awak .. saya selalu bagi peluang pada awak untuk bersikap baik dalam kelas saya... bila masa belajar awak selalu tunjuk protes... macam mana ilmu tu nak lekat di dada kalau awak asyik protes saya... saya tak pernah cari masalah dengan awak ... tapi awak sengaja mencabar kesabaran saya....
dia ambil batang penyapu ... saya jerit nama dia lagi ...
razs...
saya tak kisah apa awak nak buat dengan.. awak nak pukul ... pukul lah ... saya tak kisah .. tapi saya tau sekarang awak sudah faham siapa yang bersalah sebenarnya... saya atau kamu?!!! kalau markah kamu jatuh ... kamu rasa siapa yang patut kamu persalahkan.. saya atau kamu ...(kedengaran suara saya mula mengendur bercampur sebak) ...
rasz...
bukan kamu seorang sahaja yang perlu diberi perhatian ... masih ramai lagi yang lebih memerlukan...sebagai pelajar yang paling cerdas dalam kelas saya... saya berharap semoga awak pun turut sama-sama membantu saya dalam membantu rakan-rakan awak yang lemah dalam pelajaran... awak bolehkan bantu saya? saya tau awak faham segala kata-kata saya...
dia menangis...
dia mohon maaf .... saya bagitau dia .. tak apalah ... saya faham dengan perasaan awak ... walau awak pelajar yang paling tak dengar cakap saya.. saya faham kenapa awak macam tu... tapi saya mohon pada awak jangan ulangi perkara seperti ini...
dia angguk....dia menangis...sedaya upaya aku pun cuba tahan airmata aku....aku rasa sakit bila tengok dia menangis...
aku anjurkan dia untuk memohon maaf pada ayah ibu dia sebab markah dia jatuh dari ujian yang pertama... aku bitau pada dia... jangan risau...masa masih ada... belajarlah saya akan sedia bantu awak ... tangan saya sentiasa terbuka untuk awak dan kawan-kawan awak...
saya suruh dia duduk di tempat duduk dia dan tenangkan hati dan perasaannya....
syukur alhamdulillah...selepas itu dia berubah di dalam kelas saya... dia rajin membantu kawan-kawannya....atas kerjasama yand diberi penghujung tahunnya mereka semua berjaya menjawab ujian ketiga dengan baik ....syukur alhamdulillah .... jadi dalam tahun depan tu saya bagilah hadiah key chain seorang satu... korang nak tau? bila masuk tahun selepas tu.... ada beberapa pelajar perempuan yang menangis sebab bukan saya yang mengambilalih tugas kelas mereka...andaikata saya diberi tugas pun..saya rasa cukup tidak mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut...kerana tahun seterusnya pula mereka akan ada ujian besar ... iaitu UP** ....
p/s : sehingga sekarang kami masih berhubung antara satu sama lain ... kecuali dengan pelajar-pelajar lelaki.... yang perempuan masih sering menghantar sms untuk meminta pendapat itu dan ini atau bertanya khabar...

No comments: