Friday, November 20, 2009

2009 Dalam Sejarah

Ramai yang tanya awak kerja apa sebenarnya? dengan muka selamba menaip aku jaga budak. di bawah ini aku sertakan gambar anak-anak yang dibawah jagaan aku? comel tak ;p (yang pasti bukan gambar di sebelah ;p )
o.k² cut stori beb...
aku nak cerita... sepanjang perkenalan antara aku dengan budak-budak ni aku rasa sungguh selesa dengan dorang. sungguhpun diakui memenatkan. tak ada satu keja pun dalam dunia ni yang tak penat. bukan otak yang penat..pasti badan kita yang penat. bagi aku tugas aku bukan mendidik. tapi menjaga mereka sebaik-baiknya. semampu yang aku boleh bagi . tugas aku juga menyayangi dan membantu mereka sedaya upaya aku. tapi, itulah setiap manusia ada kelemahannya. janganlah sebab sedikit kelemahan itu menolak segala usaha kita dan cita-cita kita.

3 tahun mereka dibawah jagaan aku. jadi sikit-sikit punya pe'el dorang memang aku dah kenal sangat. Bagi sesetengah orang mungkin ia sebagai sandaran sahaja. pada awalnya aku pun juga rasa begitu. lama-kelamaan ia bagai sebati dalam diri aku. ada kawan nak offer tawar keje dengan company. aku kata aku sayang dengan keje aku. macam mana tu?

kesian tengok hasil tugas ke3 dorang ni. bukan apa... biasalah dekat dekat ujung tahun . semangat pun dah kurang. tapi tak apa .. markah kurang banyak disebabkan tak hadir untuk beberapa paper. jadi tu le pasal markah jatuh menjunam. apa-apa pun buat yang cuba untuk menjawab dengan baik ... tahniah buat yang masih lulus. sungguh markah jatuh dengan teruk.



best student dalam kelas aku tahun ni. hihiiii.... comel tak dia? sama tak macam muka nabila dalam cerita mutiara hati. huhuu ...
dia ni best fren pada Mirza dan Hidayah ( tak ada dalam gambar di bawah sebab dia jarang datang. standard le tu )
dalam bacaan AQ dia selalu bersaing dengan mirza.
mirza pulak tahun lepas dah pindah tempat lain. jadi dia lebih rapat dengan hidayah dan tini. biasalah budak-budak memang aktif bila bersama-sama dengan kawan-kawan dorang. mereka pun macam tu jugak. kalau ditanya kita nak buat apa hari ini mereka akan bagi pendapat, main + cerita.
sebab-sebab mereka aku hayati watak-watak setiap kartun yang selalu jadi sebutan di bibir mereka saban hari. dalam tahun 2007, usia dia baru je 8 tahun. sekarang dah masuk usia 10 tahun.




dari kiri nory, Abu, Mirza , tini, dijah, tura, quratu, aina, fazilla, ain,

memang tak ramai boy yang duduk bawah jagaan aku. comel tak dorang. sengaja gambar ni di simpan di peti ini. harap satu hari nanti dorang dapat tengok gambar yang blur nie ... hakhakhakkkk...

nory, abu dan mirza adalah antara saingan nabilah. ada dua orang lagi yang tak hadir. dia tu hidayah dan annam. mirza adalah antara pelajar yang boleh diharapkan untuk tolong kawan-kawan dia yang lain. jarang dengar dia mengeluh. kecuali dia betul-betul dah tak ada idea nak tolong buat kawan dia dapat ikut apa yang dia ajar.
nota: ape ape pun buat buah hati pengarang jantung ku semua .. i love you all always . pada siapa yang tak hadirkan diri dalam kelas datang leh .... anda sungguh bermakna dan bertuah. kerana masih mampu melangkah ke sekolah .

No comments: