Tuesday, November 17, 2009

Terima Kasih Cinta


terima kasih ya cintaku Allah yang Maha Satu ...
sebab kamu cintai aku ...
sebab Kamu rindui aku ...
mereka bertanya kepada aku?
ya ukhti ...
apa bukti kata-kata kau itu benar ?!!!
apa kah kau yakin dengan bicara tinta kau yang bisu itu ?!!!

maka aku jawab sekadarnya
kerana cintaNYA aku masih di sini
kerana cintaNYA aku masih bisa untuk bersuara
kerana cintaNYA aku masih bisa menulis
kerana cintaNYA aku masih bisa melihat
kerana cintaNYA aku masih bisa menilai
kerana cintaNYA aku masih bisa memaafi sesiapa pun
kerana cintaNYA aku masih bisa menginsafi diri
kerana cintaNYA aku masih bisa meratapi diri
kerana cintaNYA aku masih bisa berbagi kasih
kerana cintaNYA aku masih bisa berjalan
kerana cintaNYA aku masih bisa mendengar
kerana rinduNYA aku selalu mengingatiNYA
dalam tidur...
dalam jaga...
dalam langkah...
dalam tingkah...
dalam doa...

bukankah tanda rinduNYA itu datang bersama 1001 dugaan
1001 rintangan
1001 rasa derita
1001 rasa sakit
1001 deraian air mata
1001 kesulitan

bagi aku ...
itulah buktinya ...
bukti rinduNYA kepada aku ...
tanpa 1001 rasa itu ...
sudah pasti aku akan terus hanyut dan hanyut ...
bersama arus waktu yang kian berlalu ...

Terima kasih ya kasihku ...
tempat aku menumpang kasih ...
tempat aku menumpang teduh...
tempat aku menumpang manja ...
kau kasih ku ...
selalu bersama dikala susah dan senang
kau adalah kekuatan
kau bagai sinaran mentari
menyinari hari-hari
kau ibarat bulan dan bintang
yang menemani aku di kala dunia ini aku rasakan gelita ...
kau ibarat bunga yang mewangi ...
bawa haruman kebahagiaan dalam setiap nafas aku ...
kau ibarat burung-burung yang berkicauan ....
yang sabar menghiburkan aku di kala duka bertandang ...
mungkinkah kerana kita ada pertalian itu...
mungkinkah kerana kita adalah hasil dari dua jiwa yang bersatu
bersatu atas lafaz akad yang diredhaiNYA
tulus cinta dua jiwa itu ...
maka lahirlah kita sebagai penyambung keturunan

Terima kasih ya sayang ku ...
aku sayangi kau ...
sebagaimana aku menyayangi diri aku sendiri ..
kerana sayang ...
aku tahan segala rindu yang mengamuk di setiap penjuru hati aku
kerana sayang ...
aku melepaskan segala hasrat aku ...
kerana sayang ...
aku langsung tidak berasa kecewa ...
kerana aku memahami ...
dunia kau juga aku ada banyak bedanya ...
dunia kau begini ...
dunia aku pula begitu ...
namun ...
kerana takdir dari CINTAKU ...
kita dipertemukan ...
untuk mencari hikmah yang tersembunyi
di celah celah penghidupan ini ...
yang akhirnya hanya akan jadi cebisan-cebisan
yang tidak membawa apa-apa makna
buat mereka yang tidak pernah berfikir ...

Nota: tiada yang lebih indah melainkan rasa sabar itu yang menguasai dirimu ... insyaAllah ...

No comments: