Tuesday, May 11, 2010

Black & White

alahai ketinggalan pulak nak tengok cerita black & white....adamaya kan episod akhir dalam minggu ni hehee.... adesss
sekarang ni sedang layan frenzy.fm. lepas isyak karang nak buat keje...tulis persediaan untuk kerja seminggu ni. lepas tu ingat nak buat ABM. rasa rajin pulak. hehee..kantoi ek?!!!
selalu ABM tulis kat papan tulis je. jarang buat dari rumah.
minggu terakhir pulak ada aktiviti hari sifu ada kem bestari solat. pokok dan pangkalnya memang busy giler. tapi entah macam mana yang aku ni boleh terchampak kat dalam kumpulan udang jongang tu...ntah dari mana orang mana lah dapat ilham yang segrand itu...memang amazinglah....
amazing lah sangat kan kan kan....
ermmm malam tu... tiba-tiba dapat satu koling...
dia: assalamu'alaikum
aku: wa'alaikumsalam
dia: tengah buat apa tadi?
aku: tengah layan frenzy.fm dengar lagu baik-baik sayang..
dia: hek eleh... konon...
aku: hehee jangan le cakap macam tu....malu lah...
dia: hahhaahaa...ni nak bagitau ni...saya nak balik kampung malam ni jugak urgent...
aku: (sambil tengok jam dah pukul 2 lebih pagi) ... kenapa? ada masalah kat sana ke?
dia: nak cerita lah ni...tadi mak tepon bagitau adik terkene ngan pocong.
aku: pocong? (teringat masa main youtube terbuka klip video pocong) bila tu?
dia: semalam....
aku: (alamak time aku terclick video klip tu) lepas tu...
dia: mak cakap tengah dia goreng kerepek kat dapor tetibe macam ada bunyi benda keras jatuh atas bumbung rumah. kat belakang rumah tu ada pokok rambutan. mak rasa tak sedap hati jadi dia stop goreng kerepek dan tengok keluar. dia mintak yang lain pergi check tengok apa berlaku kat luar. adik seorang lagi jenguk dari tingkap tau....terkejut tengok adik yang duduk luar tadi merangkak nak sampai ke pintu.
aku: masyaAllah...kesiannya.
skippp...
nanti apa-apa hal bagitau kay...kata aku...dan dia jawab. o.k sampai kampung nanti saya col...
dalam hati...rasa dag dig dug....
kenapa setiap yang berlaku kat dia mesti aku akan dapat tau dulu melalui sama seperti a.k.a petanda...setakat ni aku belum tanya lagi khabar adik dia macam mana.. tapi dia habaq pagi tu alhamdulillah beransur pulih sikit dah...alhamdulillah.
Nota: baru je pagi isnin tu dia kutuk aku penakut....adessss.... itulah cerita susah tak cerita pun susah...

No comments: