Thursday, May 13, 2010

Going To Sibu

cewah...
bertaip omputih lagi ye. hahhaaa... esok sha nak pergi sibu. banyak projek nak buat. hahhaa...juta - juta masuk dalam poket kalau macam tu kan kan kan...
mesti dah ramai pak menteri- pak menteri di sana...
al-maklumlah ... orang kat sana sibuk berkempen. aku pulak datang sibu semata-mata aku nak beli tracksuit untuk sambutan hari guru akan datang. lagi pun bukan kawasan aku... memang tak layak nak ngundi. hihiii...
tak lupa jugak nak pergi bank ambik duit bayar kat abie rm100, kat umie rm36 untuk tudung. ishk ishk ishk...kering poket macam ni huahuahua...kalau tak bayar sekarang tak best lak rasanya.

apa? rm 100 tu bayar kat abie untuk apa?!!!

hehee...mestilah untuk "boyfriend" aku...hahhaha....
tunggu gambar "boyfriend" aku akan datang ye...
aku teringinlah nak makan pizza hehee...
rasanya nak singgah beli pizza esok hari hihiii...
tapi siapa nak belanja?!!! kwang3...
yang paling penting dari hari tu aku nak makan salad...
sebab tu menjadi kemestian untuk aku bertandang ke sibu esok hari.
aku mesti dapatkan buah-buahan tempatan yang sedap-sedap nak buat salad.


rm136 untuk abie ngan umie...
pizza habis-habis dah rm40 jadi jumlahnya dah cecah rm176
untuk buat salad aku agak dalam rm20 cukup lah...
dah rm196...fuyoh!!!

belum lagi tracksuit aku...

paling penting aku nak pergi tabung haji nak pastikan aku punye akaun tu aktif ke tak...
rasa-rasanya memang tak aktif sebelum ni...lepas tu nak pergi BSN pastikan aku nak tukar kad bank aku...tu pun kalau sudi diterima kat situ...cip tu dah tak boleh baca sangat le.


lepas tu aku nak pergi ....
tengok tracksuit kat sekitar premiere... kalau dah terdesak sangat aku layan je kat junrong...
harap-harap sempat ke farley...hrmmm...ataupun...
abang aku balik dari sekolah terus je hantarkan aku ke farley...
dan aku boleh shopping dengan sendirinya di situ. hihiii...
habis dia solat jumaat terus ambik aku kat farley dan hantar aku ke wharf balik...

bukan apa...

hadiah yang aku nak beli tu cuma terdapat di situ je...macam mana tu?!!!
cantik sangat-sangat hihiii...

lagi pun...
aku cuma nak jadikan tahun ini adalah kenangan paling indah seumur hidup aku berada di atas muka bumi Allah ni. mampukah aku?!!! insyaAllah FIGHTING!!!

doakan keselamatan aku pergi dan balik untuk esok hari ye...

lain kali baru aku tidur kat sana. sebab aku nak balik kampunglah minggu ni...dah janji ngan mama nak cuti seminggu di sana...

tapi...umie kan ke sibu isnin ni?!!! kwang kwang kwang...macam mana tu?

Nota: ada satu lagi aku lupa...umie nak kan air zam-zam nampaknya kena pergi mekah le sha ni kan kan kan ... hihiii...apa lah umie ... alamak warna pink tu umie...boleh harap ke kalau kaler pink dalam bahasa melanau ni...hhaahhaa.... baju kalas... huahuahua...

No comments: