Sunday, June 24, 2012

sha83@kaizer VS Durian

 aku punya tercerita tersendiri tentang durian

masa aku kecil-kecil dulu ...

2 hal yang paling aku tak suka

pertama: Durian
kedua : Kurma

bagi aku dua hal ini sangat sangat pelik rasanya
nak kata aku tak suka cium bau ...

durian saja yang kuat baunya ...kurma takda pulak kan ? kalau nak jelaskan dari segi rasa.... rasa durian dan bekas rasa durian boleh buat aku muntah berbanding rasa kurma. sampai tahap macam tu sekali LOL. dan yang paling best bau durian tu bukan setakat boleh buat rasa mual, pening-pening ....silap haribulan sekali pakej dengan demam panas.

bila satu rumah bau durian ... aku lah orang pertama yang akan membebel sambil mengunci diri dalam bilik. itu zaman aku kecil-kecil lagi ... bila aku dah meningkat remaja lain pulak ceritanya...

suatu malam yang indah, suasana tenang di bulan puasa ...
lelaki-lelaki lain semuanya ke masjid. tinggal aku bersama mama dan anak buah aku yang kecik-kecik dalam rumah. hendak dijadikan al-kisah. anak buah saya yang comel siti Nurhidayah (Al-Fatihah) nak makan buah durian. mama dia tak nak kopekkan. dek kasihan melihat dia terkial-kial nak kopek kulit durian... tak pasal-pasal saya datang membantu insan yang lemah dan tidak berdaya itu.

hendak dijadikan cerita....
tengok dia makan beria-ia ... sambil merayu-rayu mintak saya temankan dia makan sekali.

fikir punya fikir... alih - alih saya kata dalam hati ... alahai ...tak salah pekena seulas dua bukan sampai satu biji pun...takkanlah boleh demam pulak. Malam itu aku dengan penuh keazaman membantai sampai dua ulas. tak sampai pun sejam badan aku berpeluh-peluh. aku ni jenis yang jarang berpeluh bila waktu malam. merasakan keganjilan itu aku faham. aku berada pada paras yang tidak sihat.

esok hari tu ... aku demam panas. puas dipujuk bawak ke klinik. tapi memandangkan klinik itu kawasan musuh aku. maka aku batalkan niat dan akhirnya aku beristirehat di rumah saja. Mama tak henti - henti mengomel bila tengok aku lesu semacam saja.

dan seingat aku itulah kali kedua aku terkena serangan demam panas akibat memakan durian. pasal tu lah mak aku (al-fatihah) declared perang dengan durian untuk aku.
 
tapi ada satu hal yang aku masih tak faham-faham lagi ni ... kenapa pakcik sebelah rumah aku dok panggil aku "Puteri Durian Satu"eh ?!!!

Nota: sekarang ... aku pulak yang tak boleh cium bau durian... tengok gambar durian... mesti rasa nak makan saja... nak pergi sibulah cari durian T________T


No comments: