Thursday, July 26, 2012

Hebatkan Hati Kamu Dengan Kesabaran !!!

Bulan - bulan puasa ini memang menguji kesabaran. Macam-macam hal yang berlaku.

Minggu pertama dah dijengah Pak Rick ... kau kenal ke Pak Rick ni?

Pak Rick ni nama manja untuk Gastrik :)

Tak habis  lagi insiden dengan Pak Rick. angin Kus - Kus pula menyerang.... walau apapun syukur Alhamdulillah ...hari ini saya telah membaikpulih dengan baik sekali.

Kadang-kadang tu menjadi lucu juga hakikat bila memikirkan hidup aku sendiri. Terutama bila sembang part jodoh .

cerita minggu ini

al-kisah ketika bersantai di dapur sambil menyiapkan persiapan untuk berbuka puasa:

umie: aku hairanlah kenapa orang-orang cantik macam kamu ni susah sangat nak kahwin.

Wah ... dia dah mula dah dengan intronya ...

aku: saya ni senang je sebenarnya... tak susah. tapi entahlah.

umie: kenapa pula? Apa yang susahnya?

aku: susahlah... mula-mula beria-ia. selepas tu hilang entah ke mana. aku senang je. kalau orang tetiba saja diam. saya lagilah berdiam  diri. sekali dua teks tak berbalas. aku boleh terima. kalau berkali kali lebih tu ... bye bye sajalah.

(maksud aku, aku bukan frusted sebab teks tak berbalas. tapi, hati ni dapat guess dan tak boleh nak ditipu yang mana satu beria-ia, yang mana satu main-main, yang mana satu ala-ala try test market)

aku tak kata lelaki ni salah.

umie: ye ke?

aku: yelah ... kena kat orang macam saya ni yang tak reti nak kata itu ini, diam sajalah. dia teks... aku replylah ... itupun kalau ada kredit. Nasib badanlah teks kalau kebetulan masa tu saya tak ada kredit.

lepas tu kita sembang-sembang selak-selak story lama-lama dulu.

kemudian aku sambung lagi ...

aku: bagi saya kan umie ...jika orang tu beria ia nak tau pasal kita, tak dapat mesej dia akan col. dia tak akan peduli sama ada dia kacau ke tidak orang kat sana yang penting dia dapat khabar. saya pula bila orang buat diam saja. saya lagilah diam ... rasanya itu lebih baik...tak payahlah nak berharap apa-apa.

cerita punya cerita alih-alih terbabak la true story disebalik diri aku :

sebenarnya aku tak suka couple-couple ni. aku lebih suka kepada satu hubungan yang lebih jelas ikatannya. entahlah. tapi itulah hakikatnya. orang lain kita boleh tipu... kita boleh berlagak macam okay saja. tapi... soal hati ni hanya Allah saja yang tahu. yang aku tahu hati aku lebih tenang dengan ikatan yang sah. bukan pada yang tak sah.

Bila kita didik hati kita ke arah yang lebih baik. InsyaAllah .. hati kita dapat hindar kita daripada perkara-perkara yang boleh membawa kemudaratan buat diri kita. maka...Jagalah hati, didiklah hati kamu dengan hal-hal yang baik. sucikan hati kamu dengan ayat-ayat Allah. InsyaAllah...ke mana saja kamu pergi, jangan risau. selama mana kamu menjaga baik hati kamu...selama itu jugalah Allah akan memimpin kamu dan tidak akan pernah lepaskan kamu.

Nota: akhirnya aku mengaku pada umie aku susah nak percaya lelaki. yelah...macam mana aku nak percaya ya... kalau..kalau... masa mula nak ayat saja beria-ia ...tapi bila kau dah say yes... macam chipsmore pulak. dah lah aku kurang berkenan makan chipsmore. kesimpulannya, aku mungkin tak percaya dengan lelaki...tapi kalau kena gayanya insyaAllah aku boleh terima. Tak susah nak ambil hati aku ni. try la tackle famili aku dulu...deal apa yang patut... lepas tu boleh kabor kat saya... apa respon dorang. dorang sudi ke tidak nak lepaskan saya berkahwin sama kamu. jangan letak saya nombor satu ... famili saya biar nombor satu ya...

kalau orang tanya pada kamu...yang nak kahwin tu siapa? dia ke atau famili dia... kau jawabkanlah .. sekarang ni ... aku dibawah tanggungan famili aku. famili aku yang pikul tanggungjawab segala-galanya ke atas aku. jadi mereka lebih tahu saya ni dah bersedia ke tidak nak berkahwin.

No comments: