Sunday, August 12, 2012

Realiti Kehidupan Sakinah !!!

Masih ingat dengan entri ini

saki-baki-ramadhan-terakhir-sha83kaizer Tahun 2010

masih ingat lagi entri ini

ketika-cinta-memanggil-aku puasa Tahun 2011

terserempak pula dengan entri ini malam ini

azfar9897 - dengan title entrinya tanda malam lailatul qadar

Secara tak langsung apa yang berlaku sejak akhir - akhir ini betul-betul mengingatkan aku dengan beberapa insiden yang mendatangkan kesan yang sangat hebat dalam kehidupan aku.

Bila aku fikir -fikir balik ... Allah Maha menepati janjinya.
bila kau merangkak mendekati Allah... Allah akan berjalan mendekati kamu, bila keadaan kau berjalan dalam mendekati Allah. maka, Allah akan berlari mendekati Kamu dengan tangan yang terbuka.

Kadang-kadang terkesan dengan situasi sekarang...
selalu saja tengok orang berlumba-lumba nak menemui malam lailatul qadar. macam-macamlah yang diupdate kat status fesbuk.

nak sangat jumpa malam lailatul qadar ...
aku kasi kau tips satu saja... selalu berusaha memperbaiki diri. BUKAN HANYA PADA BULAN RAMADHAN. jadikan titik Ramadhan ini adalah permulaan kepada setiap kehidupan anda yang baru. jangan masa Ramadhan saja bukan main rajin ibadah. macammana nak jumpa malam lailatul qadar bila ibadah pun tak konsisten?

bagi aku ibarat .. sepanjang bulan Ramadhan itulah bagai malam lailatul qadar. aku tak pernah nak fikir kejar malam lailatul qadar. hati tertanya-tanya juga macammanalah rupa malam lailatul qadar tu ya... tapi, lama-kelamaan aku mula dapat terima... ibadah aku tak sempurna lagi, banyak yang harus diperbaiki... hanya keajaiban daripada Allah sahaja yang membolehkan aku menemui malam itu. dan akhirnya... aku tak seghairah seperti tahun-tahun sebelum itu.

aku tak tahulah dengan manusia lain.  apakah sama seperti yang aku rasa. setahu aku setiap tiba bulan ramadhan hati aku sayu saja. sebab ibu aku pergi ketika 20 Ramadhan ....disaat usia aku nak masuk 11 tahun. Sebelum itu, bukan aku tak pernah bermimpi.. aku pernah bermimpi tapi selalunya incase benda tu mendatangkan trauma pada aku secara tak langsung terbawa-bawa ke alam mimpi.

disaat saki baki 10 malam terakhir inilah ibu aku menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tak pasti ibu ketika itu macam mana... sebab last tengok ibu terlantar... dia strok, mati sebelah badan ...bila masuk air dalam mulut, keluar balik, tak dapat ditelan. hakikatnya pada hari itu ibu dalam keadaan berpuasa.

Nak tahu cerita selanjutnya
rujuk  Entri secubit rasa dikongsi bersama 2 ini di sini.

Selepas aku dapat mimpi ini ... perjalanan hidup aku berubah sedikit demi sedikit. Sama seperti wujud deria rasa yang lain. Apa yang berlaku pada masa depan... mengenai hal-hal yang paling penting dalam hidup aku, mesti dapat dari mimpi dulu... Mula-mula aku ingat hal biasa. tapi selepas aku tinggalkan zaman persekolahan aku... ia sangat kerap terjadi. sehingga tahap aku mimpi seorang nenek ni dah meninggal....walhal masih hidup, sekali tengok setahun ke ataupun tak sampai setahun kemudian betul betul nenek tu meninggal. aku mimpi kakak ipar aku jaga seorang gadis yang sakit tenat... aku rasa seperti aku yang tenat dan nazak ... tak sampai setahun anak buah aku siti Nurhidayah betul-betul tenat setelah lebih 3 tahun menghidap kanser tulang. aku rasa seperti umur aku tak panjang ketika di kolej. jadi aku tanya pada sahabat baik aku... andaikata lah aku balik malam ni aku tak selamat sampai dan dia dapat koling daripada keluarga aku... macam manalah rupanya ya... dia peluk aku kuat tak nak lepas sambil kata... dia akan menangis sepanjang malam. sepanjang hari .. beberapa hari kemudian aku dapat koling dia yang pergi dulu. dia kata nak bagi surprise kat aku untuk sem depan... tak sangka Allah ambil dia dulu dan akhirnya aku yang menangis. sikit pun aku tak boleh nak buat apa-apa ... nak berdoa pun tak boleh untuk dia. dia non-muslim. akhirnya aku mimpi, dia mintak tolong daripada aku, aku katakan aku tak boleh nak tolong dia. bukan sebab aku tak sayang dia. tapi aku memang tak boleh. Rasulullah sendiri pernah berdoa untuk insan yang amat disayangi sehinggalah Allah menegur perbuatannya...

sejak kejadian kecil aku menemui ibu aku .. aku dah mula buat muhasabah diri. sebelum tidur itulah yang aku amalkan. aku juga tak pernah lupa berdoa supaya Allah hindarkan aku daripada mimpi-mimpi yang boleh memporak perandakan kehidupan seharian aku. sebab aku tak nak ketenangan yang aku miliki terganggu. kadang-kadang ia datang juga... tapi .. datangnya bukan untuk memporakperandakan ..datangnya bersama unsur kekuatan rohani yang sangat kuat supaya aku bertahan mengharungi kehidupan seharian aku dengan tenang dan gembira.

betullah seperti yang dimimpi ...
aku tak suka Epal .. tapi ibu paksa untuk aku terima. dan aku terpaksa ambil.

teringat satu firman : boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu sedangkan pada hakikatnya ia baik untuk kamu di sisi Allah. boleh jadi kamu menyukai sesuatu, sedangkan pada hakikatnya ianya tidak baik untuk kamu di sisi Allah.

NOTA: Sibukkan diri kamu memperbaiki diri dari sehari ke sehari. jadikanlah Ramadhan tahun ini sebagai titik permulaan buat kamu... pelan-pelan pun tak apa ... Asalkan berterusan.

bagi aku .... perkara pertama yang aku nak buat dalam hidup aku sekarang memperbaiki hubungan aku dengan seluruh ahli keluarga aku. tanpa keluarga aku tak akan jadi seperti sekarang ni. aku tak akan sekuatmana pun ... keluarga adalah tonggak utama dalam kehidupan aku. kawan-kawan adalah bonus untuk kehidupan aku. syukur Alhamdulillah...terima kasih semua untuk siapa-siapa yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung dalam hidup saya selama ini. Semoga Allah melindungi dan merahmati hidup kita semua.

Betul kata kakak ipar aku. aku ni asyik marah-marah saja hari ni. maafkan saya... tapi seriuslah kek tu memang menggoda :P ...

ya Allah ya Tuhanku,Ampunilah kedua ibu bapaku, sayangilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihi aku ketika aku masih kecil dulu.  amiiin ... Allahumma amiin amiin ..amiin insyaAllah

No comments: