Wednesday, August 15, 2012

Kisah Ibu Dan Sepotong Tembikai !!!

kebelakangan ini saya cepat penat. Bila cepat penat... mesti sesak nafas!!! Oksigen !!! Oksigen !!! Oksigen !!!

Begitulah keadaannya ~~~

Semalam lepas selepas isya' saya terus tertidur ... jam tak cecah lagi jam 9 malam saya tertidur-tidur ...aduhai !!!

minggu ni memang minggu moody bagi saya :
sebenarnya bukan sebab lapar. Entahlah .. kenapalah saya rasa penat dan lesu sangat...
Semalam ... saya belah tembikai yang sangat merah isinya. teringin nak rasa. Memandangkan kesihatan tak mengizinkan, makanya, saya tunda hajat itu untuk beberapa bulan yang mendatang.

sehinggalah ...
saya tiba di suatu kawasan yang sangat saya kenal. depan tangga rumah jiran lama...

Tiba-tiba ada tangan yang menghulur....
saya nampak sepotong tembikai ...
mula-mula saya ragu untuk mengambilnya ...
kemudian bila saya mengangkat muka untuk melihat siapakah pemberinya ...
saya sangat terkejut ....

ingat lagi tak dengan kisah sebiji epal ...

realiti kehidupan sakinah link entri tersebut terdapat dalam entri Realiti kehidupan Sakinah ini.

sambung balik cerita...
Ibu tersenyum dengan berpakaian serba putih ... dia memegang tangan aku dan meletakkan sebahagian daripada tembikai itu. kemudian, datang seorang kana-kanak lalu meminta sebahagian tembikai daripada aku... aku tidak mahu berkongsi...

Lalu ..ibu peluk aku ... tembikai tadi dipotong sebahagiannya dan diberikan kepada budak itu ....
Kemudian ibu menggantikan dengan sebiji tembikai yang merah isinya ....
akhirnya ...ibu mengajak ke surau .... dan selesai solat ... ibu telah tiada di sisi ... dan aku bersendiri untuk kesekian kalinya ...

Nota: sampai termimpi-mimpi aku nak makan tembikai ... ishk ishk ishk ...sepanjang hayat hidup ibu aku ... pernah sekali dia bagi makan tembikai. bila makan sepotong pun dah boleh buat demam. Lepas tu ibu tak bagi makan dah ... bila dah semakin membesar semakin menjadi pula rasa nak tembikai. he he he ... Terbangun saja tidur terus baca Al-Fatihah .... Lama dah tak mimpi ibu ... Baru semalam dan masih segar diingatan senyuman ibu untuk saya. Ibu juga turut tergelak bila tengok saya tak nak berkongsi tembikai. dia kenal sangat anak dia yang seorang ini memang tak suka berkongsi dengan orang lain.

Bila telefon ke sibu, dapat tahu adik Izz Ariffin demam. Ibu dia sampai ambil cuti sekolah nak jaga dia. Semoga cepat sembuh Izz Ariffin ...Ibu dia kata ... setiap kali aku  telefon mesti ada hal yang berlaku.

"Usu ni dapat instinct kah?!!!"

"Erkk.. Tak lah !!!"

-Ha Ha Ha-

No comments: