Beberapa minggu ini topik yang naik setiap kali bercerita adalah ... MTQ
Minggu ini baru terjawab ....
mari kita imbas balik apa yang berlaku minggu lepas.
-minggu depan ada taklimat. korang jadi juri. (dia ada sebut nama tapi tak ingat nama siapa yang terkena)
-tipulah ...
- eh betul ... saya dah tengok jadual.
Minggu depan pun tiba ...
sila baca niat solat fardhu zohor semua ....
tiba-tiba kedatangan tetamu (Boss nombor 2)
- saja bagitau awal ni untuk persediaan saja.
- o.k
- untuk nasyid ruang bawah makmal komputer. bercerita pula pentas sekolah, hafazan bilik makmal komputer , tilawah ruang bawah makmal.
***mata saya melilau mencari kelibat nama sendiri. mula-mula tengok nama guru pengiring... hati berdebar-debar tengok bila nama tak ada ... selepas tu tengok nama hakim tak jugak ... haishhh mana nama aku ni .... makin bertambah-tambah rasa debar ni ... sehinggalah ....
- awak bahagian jurufoto ..jadi awak bebas bergerak ke mana-mana saja
*** mata terus melihat nama yang terpampang dalam petak jurufoto sambil hati berkata ...oh .. patut la tak nampak. petak besar sangat nama saya pula kat tengah-tengah petak... tak perasan pula ada nama satu lagi kat situ ...ingatkan tulis rehat tadi ....
Nota: Apa kenalah seminggu dua minggu ni ... bila aku nak rasa kari ayam.. boleh pulak aku ambil gelas untuk merasa ...selalunya guna piring .... haishhh ...
No comments:
Post a Comment