Sunday, October 7, 2012

OH... Telefon Bimbit KU !!!!

Assalamu'alaikum Cinta Dan Selamat Beristirehat Di Hujung Minggu  !!!

Ini kisah aku petik dari zaman permulaan kerjaya Nabil Raja Lawak. O.K !!! aku tahu dan aku sedar yang Nabil tu sebaya dengan aku. Tapi ... Nabil memang tak pernah sedar dengan kewujudan aku. yelah ... dia duduk celah negeri mana... aku pulak tersadai di sini. Hari ini aku malas nak cerita pasal Nabil.

seingat aku minggu tu aku agak sibuk. Jadi, aku tak berkesempatan nak keluar ke pasar bagi men'topup'kan kredit yang memang nyawa - nyawa ikan tahap gaban!!! kalau nak disamakan dengan manusia lebih kurang dah tahap kena baca yasin agaknya.

pada masa yang sama, minggu itu adalah minggu penentuan bagi peserta-peserta Raja Lawak. Aku tak berapa nak ingatlah Nabil siapa yang masuk gelanggang akhir itu hari. Ini bukan faktor umur sebenarnya. sebab target aku satu saja. mengundi Nabil bila masuk final. tapi, bergantung jugalah pada persembahannya.

memandangkan kredit aku nyawa-nyawa ikan ... segala "sms" yang masuk dalam peti masuk...memang aku abaikan.

hendak dijadikan cerita ... lepas isya' aku dah ngadap depan TV. Fokus !!! Fokus !!!
tiba - tiba:

tretttt !!! trettt !!! -mesej masuk-

baca .

- Anda telah menerima kredit RM10 dari nombor 019 XXXXXXX -

hoi .. rezeki masuk !!! memang rezeki engkaulah Nabil !!! kata hati aku.

Tapi .... jenga---jeng---jeng!!!

aku tak undi terus. bukan hak aku duit tersebut. Makanya aku pun dengan penuh yakin taip mesej untuk hamba Allah yang berkenaan :

- Assalamu'alaikum, awak mesti salah hantar kredit ni kan? O.K macam ni sajalah Jumaat minggu depan saya bayar ya. dan satu lagi saya nak mintak izin guna kredit awak ni untuk undi Nabil Raja Lawak. sekian. terima kasih.

Dia balas:

- Wa'alaikumsalam. tak mengapalah. tak payah bayar. dah memang rezeki awak pun. Awak pakai sajalah.

Ingatkan berhenti kat situ saja. jadi panjang pula kisahnya keesokan hari. bila dia suarakan hajat dihati nak berkenalan terus. alang-alang dah ada nombor masing-masing katanya. aku cakap o.k saja. dia bekerja dengan ahli-ahli skuad pakaian seragam . seragam mana entah .... saya rasa tak penting untuk dijadikan cerita. aku tak pastilah sama ada dia ni bekerja di Perak saja kah ... ataupun dia juga memang asal orang perak.

soalan standard la yang keluar, nama penuh, umur, kerja, dah kawen ke belum .. kenapa tak kawen lagi. nak ke tunggu dia...dia berhajat nak masuk meminang...

baru dalam masa dua hari kenal tu . Keyakinan mengalahkan ultraman ibarat sama seperti sinchan pun ada jugak !!! Errr tak melampau ke aku guna Ultraman dan Sinchan ni ?!!!

Hari ketiga :

-Awak ... awak cakap hari tu nak bayarkan kredit tu kan . Boleh tak bayar sekarang.

- Kan saya dah kata hari Jumaat. saya tak keluar pergi mana-mana ni.

- O.K kalau macam tu tak apa.

- Awak ni urgent sangat ke?

- eh ... Tak lah !!!

Kwang ...kwang ...kwang !!!

Lelaki ... lelaki itu !!!

Nota: Jumaat itupun datang. aku bagi nombor untuk dia topup.

trettttttt !!! Tretttt !!!

baca.

-Awak tengah buat apa tu . terima kasih ya....kan saya dah cakap hari tu tak perlu bayar.

aku ?!!! letak henset. sambung balik baca buku.

No comments: