Friday, September 7, 2012

Kawan VS Famili

Na Joo Ra Kamu jangan Nangis ye ... Saya ada je tengok kamu dari luar kotak hitam ni !!!

Petang esok aku kena gerak ke sibu jam 3 petang. jemputan untuk membantu dalam majlis rumah terbuka aidilfitri   . Sabtu ni mereka akan adakan majlis tersebut. untuk cikgu-cikgu sekolah katanya.  

Petang esok juga maksudnya hari jumaat ni lah ...
ada jemputan untuk majlis ramahtamah di pejabat pendidikan. Nampaknya tahun ni tak sempatlah nak berposing ngan kekawan macam raya tahun lepas. :)

Kira memang sakan jugalah beraya dan berkepit dengan famili saja tahun ni. rasa macam tahun ni je tinggal saki baki beraya bersama eh. tahun depan tak tahu ke mana perginya :D

teringat kata-kata abang ngan kakak dalam kereta

- entah-entah tahun depan usu dah kena kebas !!!-

uicksss ... berani sangat ke dia nak kebas saya dari famili saya ye... dia jangan lupa ... saya lagi lama kenal famili saya daripada dia (yang entah wujud entahkan tidak) .

Nota: Janganlah pisahkan saya dari famili saya :'(

kalau saya cc statement ni untuk Na Joo Ra boleh tak? :P

No comments: