Wednesday, November 21, 2012

Air Mata Oh Air Mata !!!

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera semuanya.
hari ini saya tak nak cerita pasal "exam" pagi tadi. Betul-betul keadaan saya sangat memilukan selepas "exam". Manakan tidak ..tidur kurang dari 2 jam betul-betul menambah rasa migrain yang melanda. Belum lagi pekena kopi tu ...
 Harukan?!!!

Cerita tentang airmata ni ...memang payah nak mula. Tak tahu daripada mana dan siapa pengaruhi ..tup ... tup... timbul pula emosi yang lain ... payahkan nak bayangkan tu?!!!

Ia bermula 1 muharam tahun ini. Segala-galanya berputar 360 darjah. Setiap satu persatu mimpi-mimpi lama menghantui kembali.

1- Perihal sang mentari terbit dari barat

2- Perihal Sang Mentari yang semakin memusnah

3- Perihal langit yang terlakar satu panorama unik umpama sekuntum mawar bermekar di taman.

4- Perihal Kematian

Bermula daripada minggu penyampaian sijil dan hadiah. Allah anugerahkan aku rasa sakit yang tak tertahan perinya. Hanya Allah sahaja yang tahu. Dalam keadaan yang belum berapa nak pulih aku gagahkan juga bertandang ke majlis walimatul urus sedara aku sebelah ayah. Lama sangat tak jumpa. Rindu dengan famili sedaraku yang satu ni.

Semasa di sibu ... Alhamdulillah.. Allah bagi aku kekuatan untuk mengulangkaji segala kitab-kitab yang ada di dalam simpanan. Satu persatu aku belek ... dengan lafaz Bismillah...Selepas subuh dan antara maghrib dan isya' aku guna untuk hafaz surah-surah yang berkenaan. Bila rasa sakit itu bertandang sekali lagi..aku akan berehat daripada melihat nota-nota yang tersedia.

Sampai saja dari Sibu...aku yang mudah rasa penat merehatkan diri untuk satu malam. Namun, keesokannya bukan menjanjikan yang terbaik buat aku. Aku kembali tersadai dalam keadaan yang sangat melemahkan. migrain onmode. Oh Tidakkkk !!! Selama 2 hari aku bertarung menahan sakit aku dengan bergantung kepada Allah melalui doa dan mengenakan minyak cap kapak untuk mengurangkan rasa sakit yang ada. seboleh-bolehnya aku menahan diri aku daripada mintak ubat tahan sakit di klinik.

Hari ketiga ... terlakarlah kembali peristiwa sayu dalam famili aku. Hakikatnya ...ia betul-betul memberi satu tampaaran yang hebat dalam diri aku. :'(

"Ngah Long dah tak ada .." ucap abie pagi itu...

Innalillahi wa inna ilaihiroji'un

Kami bergegas ke Semop pagi itu juga. Sepanjang perjalanan ada dua hal yang berlegar-legar di fikiran aku yang buat aku rasa nak gugur airmata darah ...

1- Nak ...nasib baik aku ni ada lagi ... kau tengok macam mana aku layan kau nak... aku peluk ..aku cium ... ada tak makcik-makcik kau yang lain layan macam mana aku layan kau?

2- Nak ...bila lagi ni ? Jangan ikut jejak makcik-makcik kau ni...kalau dah ada yang berkenan dihati ...bernikah lah ...

dan respon aku : senyum dengan tangis dalam hati...

Bila aku ingat balik ni bukan ibarat tangis dalam hati. jika mengalir rasanya boleh membanjiri kawasan kependudukan Matu ni agaknya :)

Sabarlah ...Tenanglah ... Damailah...Kuatkanlah ... Bertabahlah ...Bersyukurlah ...

Nota: bila fikir-fikir balik betullah yang makcik habaq... dia memang istimewa dari segi hubungan antara aku ngan dia ... :) ... tapi ...soal jodoh tu? Semuanya urusan Allah. Sampai masanya ... pasti akan datang...jangan risau...

No comments: