Thursday, November 2, 2017

Antara Pilihan Dan Takdir ?!!!

Oleh sha83@kaizer
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat-sihat selalu dan ceria. Tolak tepi segala permasalahan. Jangan difikirkan. Bila sampai masanya nanti pasti akan terlerai juga permasalahannya. Jangan memaksa sesuatu keadaan itu selesai mengikut apa yang kau jangka. Tapi, belajarlah bersabar dan terus bersabar menunggu masa yang tepat itu. 

Hanya tempoh satu minggu sahaja. Aku telah selesaikan ujian budak-budak. Itu pun aku fotostet ujian saat-saat akhir. 

Dua minggu berlalu ...akhirnya aku memutuskan untuk mengakhiri sahaja apa yang perlu diakhiri secepat yang mungkin. Sepatutnya aku kena buat rujukan minggu lepas sebab terdapat infeksi pada kesihatan aku. Disebabkan beberapa halangan maka, aku menunda untuk mendatangi klinik pada minggu ini. Saat akhir aku terpaksa menunda sehari lagi bagi memastikan kerja aku tak banyak yang tertangguh kelak. Alhamdulillah syukur... kerja aku sudah siap 90%. Cuma tinggal nak mintak tandatangan ketua pemimpin saja lagi. 

Aku diberi pilihan sama ada untuk membuat rawatan akar ataupun cabut? Bila aku melihat sendiri infeksi yang ada... aku mula patah hati untuk membuat rawatan. Cadangan yang diberi pada hari tersebut, adalah rawatan akar. Aku dah selidik... memang perlu sedia rm1000 ke atas. Nak kumpul tu tak ada masalah bagi aku. Nak tunggu seterusnya dan seterusnya tu yang aku tak mampu nak hadap. Hati aku mantap kata ... cabut. 

Satu persatu perkara yang timbul menyebabkan aku batalkan niat aku nak teruskan belajar buat sementara waktu. Aku fokus untuk bab kesihatan aku dulu. Bab yang ni aku tak selesaikan lagi dengan pihak akademik. Selesai saja rawatan untuk kali ini aku akan hubungi pihak berkenaan. 

Aku harap rawatan ni nanti tak akan ambil masa yang panjang. Tak salah berharap. Namun, jangan letak pada satu tempat yang tinggi. Takut nanti bila kita jatuh, kita tak mampu nak rawat sakit itu dengan sendirinya. Paling penting jangan tanam dalam hati...dikhuatiri boleh merosakkan hati.

Berkata tentang harapan. Harapan biasanya disusuli dengan pilihan. Namun, yang menentukan setiap sesuatu itu adalah takdir. Mari aku singkapkan satu perjalanan kehidupan. 

Tak lama lagi musim nikah - kahwin datang menjelma. Hujung tahun ni sudah pasti aku akan memenuhi jemputan in sya Allah... Aku harap aku sihat dan tak sakit seperti hujung tahun lepas. Hujung tahun lepas bermula rawatan terbesar yang aku buat... dan rawatan yang aku nak buat dalam minggu ni tu merupakan rawatan susulan. 

Jujur dari hati.... setiap kali musim cuti sekolah, sebelum datangnya jemputan, aku dah siap sedia fizikal dan mental untuk menghadap setiap persoalan yang akan keluar daripada mulut-mulut insan sekeliling ( luar dari ahli keluarga dan darah daging ) , iaitu tentang 

1. Bila nak kahwin?
2. Kenapa tak usaha?
3. Memilih sangat kot?
4. Tak takut ke jadi anak dara tua? Hidup seorang-seorang ?

Dekat-dekat penghujung 20-an dulu mendidih juga darah mendengar persoalan yang macam ni. Sejak dah cecah 3 siri ni...Semuanya bagaikan angin lalu. Hati pun dah kebal dengan satu persatu persoalan yang timbul. 

Aku bukan Tuhan nak tentukan bila aku nak kawin. Entah-entah jarak antara dengan ajal cuma sejengkal sahaja. Aku bukan wanita moden atau tergolong dalam wanita alaf baru. Kerja aku pun bila-bila masa orang boleh tamatkan kontrak. 

Perkahwinan adalah satu hal yang hal yang tak seronok bagi aku sejak kecil lagi. Hal ini, cuma mak aku sahaja yang tahu. Aku bagitau mak...yang aku faham perkahwinan ni berat. Nak kena jaga 2 mak 2 bapak. Belum lagi isteri / suami. Belum lagi anak-anak. Itu pun dah berat. Kalau ada yang cemburu macam mana? Lagi pening kepala. Semua benda nak kena berkongsi. Mesti sama-rata. 

Mak diam. Kemudian dia tanya, kalau tak kahwin macam mana nak tambah bilangan umat Rasulullah untuk teruskan dakwah syiar Islam ni ? Aku jawab, yang tu kena kahwin jugaklah. Mak balas balik, tadi kata berat dan tak seronok ? Aku jawab....tak kan Allah nak aniayakan hamba-hambanya yang menegakkan syiar Islam, Allah mesti tolong punya. 

Mak tanya balik...Jadi....sekarang sakinah nampak perkahwinan tu berat dan tak seronok lagi atau sebaliknya ? Aku ?!!! garu kepala. Perlahan aku jawab .... namun, penuh keyakinan.... 

Perkahwinan tu memang Allah dah sertakan dengan tanggungjawab dan amanah. Sudah pasti penuh dengan kesusahan. Solat pun dah rasa berat ( merujuk kepada solat subuh sebab bapak mesti akan gerakkan aku jam 4 setengah hingga jam 5 nak ikut jemaah di surau ) inikan pula bernikah. 

Kau pernah dengar tak tentang kisah seseorang yang takut nak bernikah hanya kerana memikirkan amanah dan tanggungjawab yang berat dan sangat berat? 

Masuk alam sekolah menengah...Haaa...di sinilah permulaan teguran demi teguran yang berlaku ke atas aku. Teguran itu datangnya dari kalangan-kalangan ustaz dan ustazah yang pernah mendidik aku. Sedikit demi sedikit membentuk pemikiran aku seperti sekarang. Antara tegurannya.... 

" Takut tu mesti ada. Tapi jangan sampai takut itu pula boleh merosakkan iman kita. Penjelasan hakikat tentang merosakkan iman. Ia lebih merujuk kepada masa depan. Bila kita takut nak jalani kerana hal - hal yang kita sendiri pun tak pasti hujung pangkalnya macam mana .... Ia secara tak langsung boleh menjerumus kita ke arah ketidakyakinan kita kepada rukun iman. Mohon Allah jauhkan kita daripada sifat seperti ini. "

Sangat bahayakan ? 

Sejak daripada teguran demi teguran itu aku usaha untuk membuka pintu hati untuk menerima hakikat perkahwinan itu salah satu cabang penting dalam kehidupan kita sebagai manusia biasa. Namun, aku tak pernah letak ianya dalam hati yang terdalam. Bapak pernah pesan...Setiap apa yang kita lalui dalam dunia ni jangan simpan dan tanam dalam hati...takut nanti bila tak seperti yang kita jangka hati kita pula yang tercedera. Nasihat yang seperti ini sangat berguna dalam kehidupan aku sehingga sekarang. 

Macam aku bagitau tadi....banyak hati nak kena jaga buat ianya jadi susah. Kita ni manusia, tak boleh nak puaskan hati manusia walau sesempurna apa pun yang kita dah usahakan. Bila kau gagal....selama-lamanya kau akan jadi gagal dimata manusia. Itulah kehidupan... tak perlu sedih....kau punya Allah. Pilihan kau pun Allah yang tentukan. 

Ingat pesan bapak.... Berusahalah nak untuk bahagiakan Allah dengan apa yang kau dah buat. Bila kau fikir nak jaga hati manusia saja....tak ke mana-mana juga engkau nanti. Bahagiakan Allah dan dirimu...serahkan pada Allah untuk orang-orang sekelilingmu...

Jam pun dah 4.23 pagi... aku nak kena berhenti dulu. Nanti ada masa kita sambung lagi di lain waktu. Ingat....serah pada Allah !!! 

No comments: